![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjbbDa2dD9yqq17W7UA0nETbbkaw_2hCUna6P3huAW4vR2cEuJzc0Ww2x2eHtqmXSXlDhSwPUI2KMiUF5XOY6PRYcaaQz9BDQRZKqt0a7DwFiS3Qx2beks6EUmKgPRzRalyMKJsohmoS0iy/s200/puasa.jpg)
assalammualaikum dan salam sejahtera... Ramadan Al-Mubarak datang kembali... Marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah kurnia rahmat-Nya, kita diberi peluang sekali lagi untuk bertemu dengan bulan Ramadan yang mulia dan penuh dengan keberkatan. Seperti mana kita sedia maklum bahwa bulan Ramadan ialah bulan yang mulia di sisi Allah. Didalam bulan inilah telah difardhukan ibadah puasa ke atas seluruh umat Islam . Ini adalah kerana dengan menjalani ibadah puasa seseorang muslim itu akan terdidik jiwanya, menjadi lebih bertakwa kepada Allah dan mampu menjadi benteng dari gudaan syaitan dan hawa nafsu yang sukar dikawal, dimana syaitan tidak pernah jemu-jemu menghasut manusia untuk melakukan kejahatan dan perbuatan mungkar.
...........SALAM RAMADAN BUAT SEMUA ANAK-ANAK MURIDKU..........