Blog ini merupakan salah satu daripada inisiatif saya bagi mengeratkan hubungan di antara saya dan pelajar saya. Diharapkan melalui blog ini, pelajar-pelajar saya akan mendapat lebih banyak informasi tentang Perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah.
SELAMAT DATANG KE BLOG KAUNSELING
SEMOGA KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI AKAN DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA ANDA SEMUA
Sebagai seorang guru kaunseling...aku tidak terlepas dari tanggungjawab mendidik dan membantu anak-anak didikku menyelesaikan masalah mereka...biarpun ramai tapi sememangnya semua itu adalah cabaran dan dugaan...yang harus ku tempuhi dengan segala kekuatan sama ada dalaman dan luaran. Kini aku telah melalui banyak halangan dan cabaran dalam hidup ini ..pahit duka telah ku tempuh biarpun sepahit hempedu...sememangnya itulah hakikat yang harus dihadapi oleh makhluk ciptaan tuhan yang bernama manusia. ilmu kaunseling banyak mengajarku erti kehidupan...mengajarku cara terbaik menangani masalah yang berat ...mengajarku cara menghilangkan segala tekanan…mengajarku tentang kehidupan ini...mengajarku erti segalanya...mengajarku juga erti persahabatan sejati…siapa teman siapa lawan…dalam perjuanganku ini ada ketika-ketikanya aku menghadapi saat-saat getir namun demi anak-anak didikku yang dahagakan sumbanganku, segalanya sanggup kukorbankan...untukmu wahai puteri puteraku tersayang...anda semua adalah harapan bangsa masa depan...usah dipersiakan usia mudamu...
dalam diam ku cuba mencari kebenaran
dalam diam ku cuba mencari cahaya
dalam diam ku cuba mencari kejayaan
...apa pun jua ku temui adalah cebisan-cebisan nostalgia
masa silam pada titik terakhir yang ku tuju
walaupun ia sukar ku capai
kejayaan itu pasti milik kita yang bernama manusia
Anak anak kecil bermain girang Dikala manusia sedang leka menghirup udara segar Di tepi sungai lesu bagaikan dahaga akan kecantikan Di tepi sungai yang hampir lelah. Di tepi sungai yang kehibaan Meniti masa masa depan yang gelap Yang akan kecundang Kerana kebodohan manusia
Yang pentingkan diri.
kenapa kita perlu bersujud...kepada pencipta...kerana itu...telah dicatat langit dan alam bersujud kepadanya.... dengan bersujud kitA akan akan menjadi manusia yang tahu halal dan haram
dengar ya....antara khazanah yang amat bernilai adalah kasih sayang yang disulami dengan kecintaan kepada tuhan...sujud kepadanya dengan penuh ketaatan...tanpa mempersoalkan kenapa...mengapa dan apa ? membuatkan kita kian melupakan kehendak kita sebagai manusia.
Pada corak dan cerai lelangit petang tergambar satu nostalgia derita dan sengsara tergambar satu nostalgia bahagia dan cinta gelap pekat hitam tompokan awan bagai menahan seribu anugerah untuk semua makhluk yang bergelar ...manusia..........
bahtra dibina, dilayari dengan gagah membelah persada lautan ' gelora yang melanda bertalu-talu.. apalah daya kita manusia yang lemah.... andaikata kita karam di tengah lautan ....lemaslah kita. andainya kita karam ....berdoalah kepadanya agar kita diberi petujuk... ...penyair sepi...
andaikata kita berkongsi kasih sayang... pastinya kita akan merana... andaikata kasih tak kesampaian pastinya kita akan kecewa andaikata kejayaan telah tercapai ...pastinya kita akan bahagia....
malam kian larut aku masih lagi bermain kata-kata tiap bait bait ayat ku susun rapi tanpa titik noktah menari mengikut jari jemari ke sana ke mari tanpa kusedari masa ku kian suntuk ...kian menghampiri titik penamat.
Lembaran demi lembaran kisah terungkap bagai kitaran roda yang berputar adakala kita berada di atas bagai kejayaan yang abadi kadangkala kita di bawah ...bagai kegagalan yang tiba umpama garis-garis kehidupan .....
andaikata ada mentari..pastinya ada bulan andaikata ada lelaki ...pastinya ada wanita andaikata ada cinta ...pastinya ada kebencian andaikata ada kebahagiaan ...pastinya ada kekecewaan andaikata ada dunia ini ...pastinya ada penciptanya....
malam kian larut... ku cuba melelapkan mataku entah apa yang bermain di kotak fikiranku sukar ku lelapkan mata ini sabah hari aku pasti begini ...adakah mata ini sudah lama mengenal erti siang ataupun ianya sudah lali dengan tidur atau aku hanya peminat malam yang sunyi ini.
aku pasrah pada segala yang berlaku dalam hidupku ini .. aku redha pada tiap titik titik nokthah yang ada aku pasti...jalan jalan itu setiap hari aku rela dalam redup tangisan rindu anak anak kecil yang sedang leka bermain... aku cuma ....penyair kerdil
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusifdi sekolah menjelang tahun 2010.
MISI
Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:
· Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
· Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
· Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
· Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
· Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.
· Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar.
FALSAFAH
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.