Blog ini merupakan salah satu daripada inisiatif saya bagi mengeratkan hubungan di antara saya dan pelajar saya. Diharapkan melalui blog ini, pelajar-pelajar saya akan mendapat lebih banyak informasi tentang Perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah.
SELAMAT DATANG KE BLOG KAUNSELING
SEMOGA KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI AKAN DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA ANDA SEMUA
Sebagai seorang guru kaunseling...aku tidak terlepas dari tanggungjawab mendidik dan membantu anak-anak didikku menyelesaikan masalah mereka...biarpun ramai tapi sememangnya semua itu adalah cabaran dan dugaan...yang harus ku tempuhi dengan segala kekuatan sama ada dalaman dan luaran. Kini aku telah melalui banyak halangan dan cabaran dalam hidup ini ..pahit duka telah ku tempuh biarpun sepahit hempedu...sememangnya itulah hakikat yang harus dihadapi oleh makhluk ciptaan tuhan yang bernama manusia. ilmu kaunseling banyak mengajarku erti kehidupan...mengajarku cara terbaik menangani masalah yang berat ...mengajarku cara menghilangkan segala tekanan…mengajarku tentang kehidupan ini...mengajarku erti segalanya...mengajarku juga erti persahabatan sejati…siapa teman siapa lawan…dalam perjuanganku ini ada ketika-ketikanya aku menghadapi saat-saat getir namun demi anak-anak didikku yang dahagakan sumbanganku, segalanya sanggup kukorbankan...untukmu wahai puteri puteraku tersayang...anda semua adalah harapan bangsa masa depan...usah dipersiakan usia mudamu...
TIP-TIP MENGURUS MASA UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN DIRI
MASA “Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang beriman dan beramal soleh serta berpesan dengan kebenaran dan kesabaran”.
Masa itu adalah emas. Setiap manusia diperuntukan sebanyak 24 jam. Firman Allah “Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang beriman dan beramal soleh serta berpesan dengan kebenaran dan kesabaran”. Masa adalh sumpama usia dan mengabaikan masa sama seperti mensia-siakan usia. Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud : “Rebutlah 5 perkara (masa) sebelumnya datang 5 perkara (masa) o Masa muda sebelum masa tua o Masa sihat sebelum sakit o Masa kaya sebelum miskin o Masa lapang sebelum sibuk o Masa hidup sebelum mati
Masa tidak boleh bertukar ganti, masa yang telah berlalu tidak boleh dikembalikan.
PERKARA NEGATIF DAN POSITIF TENTANG MASA POSITIF NEGATIF Tepat masa Urus masa Hargai masa Tambah masa Rancang masa Lengah masa Tangguh masa Buang masa Tiada masa
PROSES MENGURUS MASA TINDAKAN 1 : Tetapkan matlamat / objektif jangka pendek atau jangka panjang Spesifik Realistik Senaraikan megikut keperluan
TINDAKAN 2 : Tentukan keutamaan Senaraikan perkara yang perlu dibuat Tetapkan keutamaan perkara yang disenaraikan Keutamaan A (perkara mesti buat) Keutamaan B (perkara patut buat) Keutamaan C (perkara boleh ditangguh dulu)
TINDAKAN 3 : Senaraikan tugas harian / mingguan Ibadat umum Ibadat khusus Istirehat dan tidur Makan dan minum Bersama keluarga Membersih dan menghias diri
TINDAKAN 4 : Bertindak dengan mengikut segala perancangan dan segala halangan dihadapi dengan bersungguh-sungguh.
TINDAKAN 5 :
Membuat penilaian semula Waktu manakah yang paling berkesan dan kenapa Apakah kemungkinan yang telah anda buat tetapi tidak diperlukan lagi Apakah kemungkinan yang telah anda buat tetapi tidak sesuai dilakukan lagi Di manakah peluang anda untuk meningkatkan kecekapan Apakah perlakuan baru yang perlu anda teruskan
MENGAPA ANDA PERLU URUS MASA Mengelakkan anda membazir masa Membolehkan anda menyiapkan tugasan dengan tenang dan seronok Menghasilkan kerja yang baik dan berkualiti Mencapai matlamat dan cita-cita anda Melatih diri supaya tidak lalai dengan urusan kehidupan
PASTIKAN TUGAS MINGGUAN Jadual persekolahan Belajar Solat Bermain Membuat kerja rumah Berehat Bersiar-siar Menolong ibu bapa dan sebagainya
SAYANGI MASA ANDA. APAKAH YANG ANDA LAKUKAN DENGAN MASA ANDA ITU. 24 JAM ADALAH ANUGERAH ALLAH UNTUK ANDA. Catatkan aktiviti setiap setengah jam Aktiviti mestilah spesifik Kalau aktiviti mengambil masa lebih dari biasa, mengapa ? Adakah anda diganggu Pastikan perkara yang penting dan tidak penting untuk dilakukan pada hari tersebut Tumpukan kepada keutamaan yang perlu anda lakukan pada hari tersebut terlebih dahulu
HASIL Asingkan perkara yang membazirkan masa anda Senaraikan perkara membazir yang telah anda gunakan / lakukan Tentukan berapa banyak masa yang telah anda bazirkan Apakah penyebab pembaziran masa mungkin dari diri sendiri persekitaran Senaraikan cara mengurangkan pembaziran masa.
**BERDASARKAN KAJIAN SELAMA 25 TAHUN OLEH DATO DR HJ FADZILAH KAMSAH...
JANUARI>>>>bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur, bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial , cukup cemburu yg sangat tinggi
FEBRUARI>>> berfikiran abstrak , sukakan benda yang reality dan abstrak, inteligent, bijak dan genius , berpesonality yg mudah berubah , mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri , jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong , mudah memberontak apabila dikongkong , suka kegiatan yg lasak , emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya , tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan, utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi
MAC>>>>> berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudahsimpati , sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alampersekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.
APRIL>>>>> sgt aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah emosi cepat terusik try control the emotion kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit di sekitar kepala dan dada sgt cemburu dan terlalu cemburu
MEI>>>>> > kekerasan hati & degil , kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal , pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam , cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan , tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan , kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit daya khayalan yg tinggi permikiran yg tajam pandai berdebat, fizikal yg baik , kelemahan sistem pernafasan suka sastera,seni & muzik serta melancong tidak berapa suka duduk dirumah tidak boleh duduk diam tidak punya ramai anak rajin dan bersemangat tinggi agak boros
JUN >>>>> >berfikiran jauh & berwawasan , mudah ditawan krn sikap baik berperangai yg lemah lembut mudah berubah sikap,perangai idea @mood idea yg terlalu banyak di kepala, bersikap sensitif otaknya aktif (sentiasa berfikir) sukar melakukan sesuatu dgn segera bersikap suka menangguh-nangguh bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik cepat marah &cepat sejuk suka bercakap & berdebat suka buat lawak & bergurau otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan org yg sangat tertib pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati mudah kena selsema suka berkemas cepat rasa bosan sikap terlalu memilih & cerewet kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif , kedegilan yg tidak terkawal , sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.
JULAI>>>>> > Sangat seronok didamping , Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan , Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain , Sangat peramah, Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya , Berjiwa sentimental , jarang berdendam , mudah memaafkan tapi sukar melupakan , tidak suka benda remeh-temeh , membimbing cara fizikal dan mental , sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati , pemerhatian yg tajam , suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar , suka muhasabah diri , suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri , suka duduk dirumah , suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa , lemah dari segi kesihatan , perut mudah gemuk , tak kawal diet , minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja
OGOS >>>>> suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain , terlalu pemurah & bersikap ego , nilai harga diri yg sangat tinggi , dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa , cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari , suka memimpin & dipimpin , sifat suka berangan , berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit , belajar utk relax , sikap kelam kabut , romantik ,pengasih,penyayang , suka mencari kawan
SEPTEMBER>>>>> > sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat,teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi panda bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur, kerja yg dilakukansangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui org yg banyak berfikir , daya pentaakulan yg baik, otak bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia, suka sukan,hiburan & melancong , kurang menunjukan perasaan terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan , sukakan benda yg luas, bersistematik
OKTOBER >>>>> suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah , pentingkan diri sendiri , tidak menolong org kecuali diminta , suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik >>>>> > >>> > suka berangan & pandaibercakap, emosi yg kelam kabut , daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar , org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran , mudah patah semangat
NOVEMBER >>>> banyak idea dalam perkara , sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan , berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam , daya firasat yg sgt halus dan tinggi , bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak Diusahakan sehingga berjaya , taksuka marah kecuali digugat , mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri , cara berfikir lain dari org lain , otak yg sangat tajam , pandai mendorong diri sendiri , tidak hargai pujian , kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah
DISEMBER >>>>> Sangat setia dan pemurah, Bersifat patriotik, Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, Bercita-cita tinggi, Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi, Seronok didampingi, Suka bercampur dgn org, Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, Tidak pandai berpura-pura, Cepat marah , Perangai yg berubah-ubah , Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, Benci pada kongkongan , Suka berlawak, Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik.
MAKSUD KERJA BERTANGGUH - KERJA YANG TIDAK DISIAPKAN DALAM MASA YANG TELAH DITETAPKAN. MAKSUD TIDAK MENJADI - PERKARA YANG DIHARAPKAN TIDAK BERLAKU.
CONTOH-CONTOH PERLAKUAN KERJA BERTANGGUH:
1. KERJA SEKOLAH Dalam konteks sebagai pelajar. 2. KERJA RUMAH 3. PEMBINAAN BANGUNAN – Kontraktor
Kesan:
1. Pelajaran – Sekiranya seseorang pelajar menangguh ulangkaji pelajaran dan menunggu sehingga ke saat-saat akhir, tidak dapat menjawap soalan dengan baik.
2. Pelajaran - Jika seseorang pelajar tidak menyiapkan kerja sekolah dengan segera, leka bermain, dimarahi guru atau dipukul.
3. Pelajaran – Tidak menyiapkan kerja hari ini, esok lebih banyak, bagaimana sebulan, setahun?
4. Sosial - Persahabatan – orang tidak mahu berkawan dengan orang yang malas. Hilang kawan.
5. Ekonomi - sekiranya seseorang kontraktor mendapat projek yang besar-besar tetapi tidak menyiapkannya dalam masa yang ditetapkan maka beliau tidak akan dapat projek lain.
6. Masyarakat - Rukun tetangga, jika tidak ada orang yang berkawal pada waktu tersebut, maka perompak/penyamun akan bermaharajalela.
Cara Menangani/Mengelak Kerja Bertangguh.
1. Disiplin Diri. 2. Memberi priority kepada tugasan. 3. Lawan Perasaan ingin menangguh kerja. 4. Dapat tugasan siapkan dengan kadar segera. 5. Meletakkan tugasan dalam ranking teratas. 6. Anggap tugasan suatu perkara penting.
Semoga segala pekerjaan kita mendapat keredhaan dan limpahan rahmatNya. Insyaallah.
Rakan-rakan Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu 2002, Institut Perguruan Darul Aman, Jitra, Kedah Darul Aman...Yang masih mengingati sila hubungi...Kumerindui kalian...
Elemen Kaunseling Dalam Pengurusan Pelajar Di Sekolah
Pengenalan Sejarah perkhidmatan kaunseling yang bermula dengan perkhidmatan bimbiangan yang diasaskan di Boston, Amerika Syarikat pada tahun 1900 (William Patrik, 1983). Di Negara kita, perkhidmatan kaunseling mula diwujudkan pada tahun 1963 dengan nama perkhidmatan panduan (Guidance ). Kemudian pada tahun 1968 dikenali sebagai panduan pelajaran dan kerjaya. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mula diguna pakai sejak tahun 1980 sehinggalah sekarang. Sebenarnya keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah-sekolah semakin meningkat dari semasa ke semasa. Perkembangan ini adalah kesan dari kepesatan pembangunan negara terutama kepesatan industri dan berlakunya urbanisasi yang lebih kompleks. Kini hampir setiap sekolah dan institusi pengajian tinggi mempunyai perkhidmatan bimbiangan dan kaunseling yang bertujuan membantu meningkatkan prestasi dalam aspek pembelajaran. Bagaimanapun, hakikatnya masih ramai golongan masyarakat yang belum memahami perkhidmatan kaunseling.
Pengertian Kaunseling Pada umumnya kaunseling dilihat sebagai nasihat, namun istilah ini terlalu luas dan bukan bersifat professional. Malah dalam Islam ada disebutkan bahawa agama Islam itu eniri sebagai nasihat “addinu nasihah”. Perkataan nasihat dalam konteks ini bermaksud memberi nasihat “advice” adalah tidak sesuai digunakan bagi pengertian kaunseling. Perlu difahami sesi kaunseling bukan memberi nasihat kepada klien, tetapi sekiranya nasihat ini digunakan sebagai salah satu teknik dalam kaunseling mungkin boleh diterima. Dalam definisi yang dikemukakan tiada seorang pun tokoh-tokoh dan polopor kaunseling barat yang menyatakan kaunseling adalah nasihat. Seperti mana definisi yang diberikan dibawah;
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu itu memahami diri dan situasinya. Proses ini mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya. Shertzer dan Stone (19678)
Kaunseling sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan klesusahan dan masalah baginya. Penerokaan ini menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenalpasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih berkesan.
Corey (1996)
…. Proses memberi pertolongan secara sistematik berasaskan kepada ilmu psikologi mengenai manusia, yang dijalankan oleh seorang pakar atau kaunselor professional, supaya klien lebih memahami dirinya dan lantas dapat membuat keputusan untuk menyelesaikan masalahnya dan menyesuaikan diri sepanjang hayatnya dengan baik.
PERKAMA (1994)
Kaunseling adalah suatu proses membantu secara yang bersistem berdasarkan pengetahuan psikologi mengenai manusia yang dijalankan oleh seorang pakar, supaya klien akan dapat memahami dirinya, potensinya, minatnya dan dapat membuat keputusan-keputusan berpandukan syariat Allah. S.W. T untuk menyelesaikan masalah yang dihdapinya ke arah mendapatkan keredhaan Allah dan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
Prinsip-Prinsip Kaunseling 1. Manusia mempunyai harga diri 2. Manusia itu unik. 3. Manusia yang memiliki personality yang bersepadu adalah manusia yang sihat. 4. Manusia cenderung ke arah kesempurnaan kendiri (self-actualization). 5. Matlamat kauneling harus berdasarkan keperluan klien bukan kaunselor.
Dalam Islam meletakkan prinsip bahawa keperluan agama itu merupakan keperluan naluriah dalam tabiat kejadian manusia. Ini yang menyebabkan keimanan kepada Allah S.W.T sebagai punca ketenteraman, kebaikan dan kebahagiaannya. Tanpanya manusia akan risau, rosak dan sangsara. Mengisi kekosongan rohani untuk menembahkan keimanan merupakan faktor penting bagi kejayaan proses kaunseling. Iman merupakan ubat yang paling mujarab bagi penyakit risau kerana ia menambahkan nilai bagi kehidupan dan menolong manusia menikmatinya.
Tujuan-Tujuan Kaunseling 1. Menolong merubah perlakuan klien. 2. Menambah kemahiran klien kendali kehidupan sendiri tidak bergantung kepada orang lain. 3. Membantu membuat keputusan disaat penting. 4. Memperbaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli dalam masyarakatnya. 5. Membantu mengembangkan bakat.
Tujuan kaunseling adalah untuk mengembangkan kemahuan dan keinginan seseorang mencari manfaat dan meninggalkan yang mudarat menerusi penyuluhan dan usaha yang menyakinkan. Dalam ertikata lain menolong seseorang mencapai kemaslahatan dan menghindari kerosakan. Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud: “Carilah hari akhirat pada pemberian yang diberikan Allah padamu, jangan kamu melupakan bahagianmu di dunia. Berbuat baiklah, sebagaimana Allah berbuat baik bagimu, dan jangan engkau mencari kerosakan di bumi, sebab Allah tidak suka orang yang berbuat kerosakan.” (Al-Qashash : 77 ) Secara ringkasnya tujuan kaunseling dinyatakan seperti berikut. - memahami diri dan situasinya. - Mengenalpasti keperluannya - Menerima realiti hidup - Membuat perancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya - Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya - Menjadi individu yang berfungsi sepenuhnya.
Jenis-Jenis Kauneling 1. Kaunseling Individu 2. Kaunseling Kelompok
Kelompok Kaunseling 1. Menyelesaikan masalah/ berorientasikan tugas 2. Pertemuan/ kepekaan fokus komunikasi berkesan. 3. Terapi – isu lebih serius 4. Kaunseling Kerjaya 5. Latihan Jaya Diri
Etika Kaunseling 1. Masa 2. Menghormati klien 3. Perhubungan kaunselor – klien harus professional 4. Memaklumkan pihak tertentu sekiranya klien berpotensi membahayakan dirinya atau orang lain. 5. Maklumat sesi bukan untuk tatapan umum. 6. Identiti klien dipelihara. 7. Klien mesti diberitahu semasa atau sebelum menerima bantuan kaunseling. 8. Punyai hak berunding dengan kaunselor lain. 9. Jika kaunselor tidak mampu beri bantuan boleh rujuk pakar lain.
Sifat-Sifat Seorang Kaunselor 1. Penerimaan dan Kemeseraan (Acceptance and Warmth) Menerima klien yang datang kepadanya tanpa syarat (tidak memilih) serta menerimanya dengan penuh kemesraan yang dibenarkan dalam konteks Islam. Boleh juga dikatakan menerima klien yang mendapatkan khidmat kaunseling seadanya.
2. Tidak menghukum (Non.judgementle) Klien akan merasa tidak selesa apabila ia di ‘lebel’ dengan berbagai tanggapan sebelum dan selepas sesi kaunseling.
3. Ketulenan (Genuineness) Layanan yang ditunjukkan dan pertolongan yang diberikan seharunya menjadi yang sebenarnya atau secara ikhlas dan bersungguh-sungguh. Penggunaan beberapa teknik seperti empati akan membantu mewujudkan ketulinan dalam proses kaunseling .
4. Ketepatan (Specificity) Berilmu, minat, positif, kefahaman perkembangan diri, peribadi baik dll Kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh kaunselor boleh diperolehi melalui latihan dan peningkatan ilmu. Berkeyakinan bahawa setiap individu mempunyai peluang untuk memperbaiki dirinya.
Teori-Teori Kaunseling dan Konsep Manusia 1. Psikoanalisa – Sigmund Freud Pendekatan terawal, keadah personality, system falsafah dan psikoterapi. Manausia adalah organisme yang mementingkan diri sendiri, satu system tenaga dan matlamat akhirnya untuk mendapatkan keseronokan. Manusia dilahirkan untuk memenuhi naluri seks dan rangsangan.
2. Terapi Tingkahlaku – Wolp, Eysenck, Skinner. Dll. Pendekatan ini menggunakan teori pembelajaran untuk menyelesaikan masalah tingkahlaku. Manusia diandaikan mempunyai potensi yang sama untuk bertingkah laku secara positif dan negative, ditentukan oleh persekitaran sosiobudayanya. Manusia diandaikan lemah tidak mempunyai keupayaan menguasai tingkahlakunya dan menjadi mangsa persekitaran.
3. Pemusatan Klien ( Person Client Centered – PCC ) - Carl Rogers. Pendekatan tidak terarah, manusia adalah makhluk positif, rasional, realistic dan sentiasa bergerak maju. Manusia cenderung kea rah kesempurnaan kendiri, takut ancaman. Pertentangan ideal self dan real self.
4. Teori Terapi Rasional Emotif (Rational Emotive Behavior Therapy – REBT. -Albert Ellis Manusia dianggap mempunyai potensi untuk berfikiran waras dan bertindak rasional. Namun manusia juga berpotensi bertindak secara tidak rasional. Pendekatan kognitif , manusia adalah makhluk berakal dan menentukan segala tingkah laku dan tindak balasnya, bergantung kepada cara berfikir dan system kepercayaannya. Pendekatan ABCD E digunakan.
Kesimpulannya Walaupun sebahagian daripada teknik-teknik dalam kaunseling bukanlah baru, namun terdapat penambahbaikan dan diperkemaskan secara sistematik dan saintifik. Berdasarkan kepada banyak kajian bahawa elemen-eleman kaunseling ternyata dapat membantu klien mengembangkan potensi dan mengenal dirinya serta untuk kesejahteraannya.
SETIAP HALAMAN BUKU YANG DIBACA CUMA MENGHABISKAN WAKTU TANPA ADA SUATU PERTAMBAHAN YANG JITU DALAM PERBENDAHARAAN ILMU TANPA PENGULANGAN DAN PENGUKUHAN MAKLUMAT TIDAK AKAN KEKAL LAMA DALAM INGATAN.
MENGIKUT DR. NORAINI DALAM BUKUNYA:
SUMBER KAJIAN SAINS DIDAPATI BAHAWA ISIPADU SIMPANAN INGATAN PURATA MANUSIA MELEBIHI 125,000,000,000,000 UNIT SUATU ANGKA YANG AMAT MENAKJUBKAN, NAMUN DEMIKIAN SECARA PURATA EMOSI MEMPENGARUHI KECERDASAN OTAK.
SELALU FIKIRKAN “SAYA BOLEH”.
JANGAN SUKA MENGATAKAN “TAK TAHU” “TAK FAHAM”. MAKA ANDA MENJADI BETUL-BETUL TAK………
APABILA TIADA “MOOD” BELAJAR, ULANGKAJI BAHAGIAN YANG SENANG DIFAHAMI DAHULU.
APABILA FIKIRAN TIDAK TENANG, HEMBUS NAFAS SECARA PERLAHAN.
ORANG YANG TIDAK PERNAH RASA “TENSION” TIDAK AKAN MAJU.
UNTUK MENGELAKKAN PERASAAN CEMAS ATAU “TENSION” YANG KETERLALUAN, BUATLAH SENAMAN YANG ASAS
MENETAPKAN SASARAN KECIL TERHADAP RANCANGAN YANG BESAR.
MEMBACA TANPA SASARAN UMPAMA LOMPAT TINGGI TANPA ARAS.
TINGGALKAN MATA PELAJARAN YG DIMINATI DI AKHIR ULANGKAJI.
MEMBUAT RAMALAN SOALAN MEMPUNYAI PERKAITAN BESAR DALAM PENINGKATAN KEBOLEHAN.
Sekolah Bebas Dadah Mewujudkan Sekolah Bebas Dadah dengan mengadakan pendidikan pencegahan dadah secara komprehensif melalui kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah/IPT, intervensi, latihan guru dan penglibatan ibubapa. Pendidikan pencegahan dadah adalah elemen penting dalam strategi pencegahan dan sekolah/IPT merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari dadah. Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenalpasti, merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan dadah di peringkat sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPT untuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi dadah, menyediakan alternatif-alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan dadah dan mewujudkan suasana sekitar yang menjadikan dadah itu dibenci. Objektif-objektif untuk mewujudkan Sekolah Bebas Dadah adalah seperti berikut :- Objektif 1 : Semua guru mempunyai pengetahuan tentang dadah dan pendidikan pencegahan dadah melalui KBSR dan KBSM mula dilaksanakan. Objektif 2 : Melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah di Tadika/Pra sekolah. Objektif 3 : Melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah melalui KBSR dan KBSM yang lebih mantap. Objektif 4 : Melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah di IPTA/IPTS. Objektif 5 : Semua guru mempunyai kemahiran untuk mengendalikan pelajar-pelajar yang bermasalah. Program-program yang boleh dilaksanakan untuk mencapai objektif-objektif tersebut adalah seperti berikut :- Program Pra sekolah. • Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR) • Kem PINTAR. • Kelab PINTAR. • Waris PINTAR. • Latihan Tenaga Pengajar (TOT). • Program untuk PIBG/Guru. • Program Sekolah Anak Didik Kami. • Program Intervensi Pelajar (PIP). • Kem PIP. • Ujian Saringan Air Kencing. • Program Warga Kerja Sekolah. • Seminar/Ceramah/Pameran/Tayangan Video. • Program Sekolah Selamat. • Pembimbing Rakan Sebaya. • Program Minggu Orientasi.
Membaca adalah satu proses yang sangat penting untuk mendapat ilmu dan maklumat. Kebanyakan pelajar mempunyai tabiat belajar yang buruk. Akibatnya mereka menghadapi masalah seperti cepat bosan, jemu, kurang minat, mengantuk dan sebagainya. Lama-kelamaan jika diteruskan juga akan membuatkan pelajar rasa malas untuk membaca. Kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan perlu ditanam dalam diri pelajar. Dengan ilmu manusia disanjung, dikagumi dan dihormati. Kejayaan dan kecemerlangan hidup tidak mungkin tercapai tanpa ilmu.
Persediaan Sebelum Membaca. Langkah-langkah yang berikut perlu diambil untuk memastikan pelajar mampu membaca secara berkesan. 1. Pilih masa belajar yang sesuai. Waktu belajar yang paling sesuai ialah ketika kurangnya gangguan terhadap tumpuan. Badan tidak letih dan perut tidak terlalu kenyang. Wastu subuh adalah merupakan waktu yang paling ideal untuk belajar. 2. Pilih suasana yang sesuai. Iaitu suasana yang terang, kemas, bersih, nyaman, tenang dan tersusun. 3. Pastikan kedudukan badan yang betul dengan buku dijarakkan lebih kurang satu kaki dari mata. 4. Mulakan dengan bacaan Bismillah dan doa agar diterangkan hati.
Pelbagai Cara Membaca.Terdapat tiga cara membaca bergantung kepada tujuan satu-satu sessi pembacaan itu dilakukan. • Membaca untuk hiburan. Membaca untuk tujuan berhibur tidak memerlukan daya tumpuan yang tinggi. Bahan-bahan yang biasa dibaca ialah majalah, komik, novel, cerpen, akhbar dan sebagainya. • Membaca untuk mencari maklumat tertentu. Ada ketikanya anda membaca semata-mata untuk mencari maklumat yang tertentu sahaja. Anda boleh membaca seimbas dan pantas bagi mencari lokasi maklumat yang dicari. Anda perlu merujuk kepada isi kandungan dan indeks bagi mendapatkan maklumat dengan lebih cepat. Anda boleh terus membelek muka surat yang berkaitan dan memlambatkan bacaan anda bagi menyaring maklumat yang ada. • Membaca secara kritikal. Membaca cara ini perlu apabila anda membaca untuk memahami konsep, istilah, logik dan sebagainya. Membaca secara kritikal adalah kaedah yang betul ketika menelaah mata pelajaran anda. Dengan menggunakan pendekatan ini, belajar nyata lebih seronok dan tidak membosankan. Minat juga mula terbit apabila anda mula memahami isi kandungan yang dibaca.
Langkah-langkah Membaca Secara Kritikal. • Melihat seimbas. Berikan perhatian kepada perkara-perkara yang berikut. Lihat tajuk-tajuk kecil dan dapatkan perkaitan (jika ada) diantara tajuk-tajuk tersebut. Amati seimbas rajah, peta, jadual, carta, radas,gambar dan sebagainya. Lihat soalan-soalan yang ada termasuk soalan-soalan dibahagian belakang sesuatu bab / tajuk utama. Catatkan sebarang persoalan (jika ada) yang timbul dalam fikiran pada sehelai kertas. • Baca pendahuluan dan kemudian baca bahagian kesimpulan / penutup. • Baca secara terperinci, ayat demi ayat, perenggan demi perenggan. Terjemahkan setiap penjelasan dalam bentuk gambaran minda. • Jangan pindah perenggan selagi anda tidak memahami apa yang sedang dibaca. Perlahankan rentak bacaan anda apabila tiba dibahagian yang sukar. Ulang baca beberapa kali sekiranya perlu. • Gariskan fakta-fakta penting. Buatkan ringkasan kedalam nota peperiksaan anda. • 'Highlight' setiap kata kunci. • Gunakan kod warna misalnya warna kuning untuk nama orang, warna biru untuk tarikh dan sebagainya. • Yakinkan diri anda yang anda mampu menguasai bahan yang dibaca. • Setelah habis satu perenggan, tutup buku dan nota anda. Fikirkan atau gambarkan semula apa yang telah anda baca. Setelah habis satu tajuk kecil, ambilkan sehelai kertas dan lakarkan kembali apa yang telah anda baca dalam bentuk peta minda atau peta konsep.
SEMUA orang gemar kepada perkara yang baik dan me lakukan kebaikan kerana ia membawa kebahagiaan, kesejahteraan dan keharmonian.
Golongan seperti perompak atau penyamun juga tidak suka harta bendanya dicuri dan diganggu, walaupun mereka mengganggu dan menceroboh kehidupan orang lain. Keburukan berlaku dalam masyarakat disebabkan beberapa faktor seperti tidak menghiraukan larangan Allah. Begitu juga keharmonian boleh digapai apabila kita menuruti petunjuk Allah yang maha kuasa.
Menghindari lebih baik daripada mencegah. Kali ini kita bermuhasabah untuk menghindari faktor perosak.
Saidina Umar berkata: “Sekiranya kamu ingin menghindari keburukan, kamu mesti mengetahui kejahatan itu supaya senang kamu menghindarinya.”
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Ada tiga perkara merosakkan, hawa nafsu yang dituruti, kedekut yang ditaati dan kekaguman pada diri sendiri.”
Pertama, hawa nafsu bukan dibunuh tetapi dididik. Ini kerana nafsu dunia menjadi indah, sebab itu dunia di bangunkan, rasa cinta kepada harta, takhta dan wanita mengindahkan kehidupan selama mana dalam batas yang dibenarkan. Ikut nafsu lesu, ikut hati mati, ikut rasa binasa.
Remaja yang tenggelam dalam hawa nafsunya lemas dalam lilitannya. Cinta tanpa batasan, pergaulan bebas, mahu senang tanpa usaha, berhibur tanpa batasan dan akhirnya nafsu menjadi Tuhan, berkiblatkan perasaan serta tiada lagi batasan.
Pada masa itu pekak telinganya, buta matanya dan akhir sekali terkunci hatinya. Allah sudah mengingatkan umatnya dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhan. Allah membiarkan mereka sesat dalam keadaan berilmu lalu Allah mengunci mati pen dengaran dan hatinya.”
Ini yang dibimbangkan terhadap sebilangan remaja kita, belajar di universiti, ilmu banyak, ijazah tinggi, jawatan serta gaji lumayan tetapi menjadi ‘pak turut’ kepada hawa nafsu jahat.
Kebanyakan mereka ditangkap kerana rasuah, pecah ama nah, merogol, seks bebas, buang bayi dan pelbagai kesalahan jenayah.
Tidak dinafikan juga ada jenayah dilakukan mereka yang berpelajaran. Hakikatnya, jika kita ingin menjadi insan yang baik, bukan hanya perlu kepada ilmu dan segulung ijazah tetapi lebih penting ialah bungkusan azimat iman untuk mengekang kemahuan nafsu menggila.
Subjek pembelajaran sepatutnya ditekankan untuk me ngendalikan hawa nafsu. Remaja sepatutnya bukan hanya memburu kecerdikan tetapi kebaikan.
Kedua, sifat yang merosak ialah kedekut. Terlalu cintakan harta hingga tidak mengeluarkan zakat. Tidak terpanggil membantu sesama Muslim dalam bidang ekonomi juga dipanggil kedekut. Sama ada menyokong mereka dengan membeli produk atau dengan tidak menjatuhkannya.
Ada sesetengah remaja menghambur duit di tempat per judian, untuk minuman keras dan melayan teman wanita yang luar biasa idaman kebendaannya. Malangnya derma anak yatim tidak dipandang, tabung masjid yang disediakan dibiarkan.
Kedekut bukan terbatas kepada duit saja tetapi merangkumi kedekut idea, pendapat, kedekut nota kuliah, resipi dan tenaga.
Program kebaikan dan bermanfaat di kampus dan surau serta masjid kadang-kadang tidak mendapat sokongan mem berangsangkan di kalangan remaja. Tetapi jika konsert dan hiburan, tanpa dijemput sanggup melakukan apa saja untuk menikmatinya.
Pemuda yang mewarisi negara perlu belajar menjadi pe murah, suka membantu, ringan tangan dan penyokong setia kebaikan.
Ketiga, sifat membanggakan diri. Ia merosak diri, keluarga dan masyarakat. Orang yang bangga diri biasanya berasa ada kelebihan luar biasa pada dirinya yang tidak mampu di tandingi orang lain.
Mereka yang terkena penyakit begini biasanya mudah memperkecilkan kebolehan orang lain. Apabila melakukan kesalahan sukar untuk diri mengakuinya, jarinya mudah menuduh dan menuding orang lain. Fitnah terkutuk sanggup dilakukan demi untuk menjaga nama baik dirinya yang sebenarnya memang jelek.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusifdi sekolah menjelang tahun 2010.
MISI
Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:
· Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
· Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
· Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
· Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
· Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.
· Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar.
FALSAFAH
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.