SELAMAT DATANG KE BLOG KAUNSELING

SEMOGA KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI AKAN DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA ANDA SEMUA

KenALi SaYa KauNsELor AnDa

My photo
Sebagai seorang guru kaunseling...aku tidak terlepas dari tanggungjawab mendidik dan membantu anak-anak didikku menyelesaikan masalah mereka...biarpun ramai tapi sememangnya semua itu adalah cabaran dan dugaan...yang harus ku tempuhi dengan segala kekuatan sama ada dalaman dan luaran. Kini aku telah melalui banyak halangan dan cabaran dalam hidup ini ..pahit duka telah ku tempuh biarpun sepahit hempedu...sememangnya itulah hakikat yang harus dihadapi oleh makhluk ciptaan tuhan yang bernama manusia. ilmu kaunseling banyak mengajarku erti kehidupan...mengajarku cara terbaik menangani masalah yang berat ...mengajarku cara menghilangkan segala tekanan…mengajarku tentang kehidupan ini...mengajarku erti segalanya...mengajarku juga erti persahabatan sejati…siapa teman siapa lawan…dalam perjuanganku ini ada ketika-ketikanya aku menghadapi saat-saat getir namun demi anak-anak didikku yang dahagakan sumbanganku, segalanya sanggup kukorbankan...untukmu wahai puteri puteraku tersayang...anda semua adalah harapan bangsa masa depan...usah dipersiakan usia mudamu...

Search This Blog

Wednesday, September 2, 2009

PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH

Sekolah Bebas Dadah
Mewujudkan Sekolah Bebas Dadah dengan mengadakan pendidikan pencegahan dadah secara komprehensif melalui kurikulum dan ko-kurikulum di sekolah/IPT, intervensi, latihan guru dan penglibatan ibubapa. Pendidikan pencegahan dadah adalah elemen penting dalam strategi pencegahan dan sekolah/IPT merupakan institusi penting bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang bebas dari dadah. Kementerian Pelajaran telah diberi tanggungjawab bagi mengenalpasti, merancang dan melaksanakan segala program dan aktiviti tindakan berhubung dengan pendidikan pencegahan dadah di peringkat sekolah, Institusi Latihan Guru dan IPT untuk mewujudkan pemikiran generasi muda supaya menjauhi dadah, menyediakan alternatif-alternatif berfaedah yang dapat mencegah daripada terlibat dengan dadah dan mewujudkan suasana sekitar yang menjadikan dadah itu dibenci.
Objektif-objektif untuk mewujudkan Sekolah Bebas Dadah adalah seperti berikut :-
Objektif 1 : Semua guru mempunyai pengetahuan tentang dadah dan pendidikan pencegahan dadah melalui KBSR dan KBSM mula dilaksanakan.
Objektif 2 : Melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah di Tadika/Pra sekolah.
Objektif 3 : Melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah melalui KBSR dan KBSM yang lebih mantap.
Objektif 4 : Melaksanakan program pendidikan pencegahan dadah di IPTA/IPTS.
Objektif 5 : Semua guru mempunyai kemahiran untuk mengendalikan pelajar-pelajar yang bermasalah.
Program-program yang boleh dilaksanakan untuk mencapai objektif-objektif tersebut adalah seperti berikut :- Program Pra sekolah.
• Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR)
• Kem PINTAR.
• Kelab PINTAR.
• Waris PINTAR.
• Latihan Tenaga Pengajar (TOT).
• Program untuk PIBG/Guru.
• Program Sekolah Anak Didik Kami.
• Program Intervensi Pelajar (PIP).
• Kem PIP.
• Ujian Saringan Air Kencing.
• Program Warga Kerja Sekolah.
• Seminar/Ceramah/Pameran/Tayangan Video.
• Program Sekolah Selamat.
• Pembimbing Rakan Sebaya.
• Program Minggu Orientasi.

No comments:

Post a Comment