![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjY_ikDKoFYxw6q8THtHCPXUgDt0ZYPOBmgKNHEeJ51dKjoBdgi8jwlXhJEh2QvyEshSHjbTMKOU4YZfYkinnlyTs0A12PnWEZJZdjsbO8l9RxGpFQck7B8nwG8c4TL3REkfP-ENs3ApF94/s400/snr1.jpg)
Search This Blog
Saturday, March 20, 2010
Friday, March 19, 2010
MUTIARA KATA MINGGU INI
Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat
merasa keharumannya.
Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman
anda.
merasa keharumannya.
Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman
anda.
Thursday, March 18, 2010
Wednesday, March 17, 2010
DARIKU UNTUKMU
Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan. Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.
MUTIARA KATA MINGGU INI
KECANTIKAN LELAKI
Kecantikkan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi
pada murni rohani
Lelaki yang cantik.....................
Adalah lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan,
Adalah lelaki yang sedia menerima segala teguran,
Adalah lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun,
Adalah lelaki yang tenang dan lapang dada,
Adalah lelaki yang baik sangka dan,
Adalah lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikkkan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati
Seluruh kecantikan yang ada pada Muhammad yang umi
Adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.
KEGAGAHAN WANITA
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan,
tetapi pada kekuatan perasaan,
Perempuan yang gagah.................
Adalah perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan,
Adalah perempuan yang tidak takut pada kemiskinan,
Adalah perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan,
Adalah perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala
keinginan,
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman,
Seluruh kegagahan ini ada pada Khatijah yang ehsan.
Adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan... ...
Monday, March 15, 2010
PELAJAR CEMERLANG SPM 2009 -NUR HUSNA IZZATI BINTI SHAFEAI - 9A 2B
Tahniah dari Unit BNK dan Warga SMK Selama kerana telah mengharumkan nama sekolah.
Semoga kejayaan akan terus mengiringi jejak langkahmu...
Semoga kejayaan akan terus mengiringi jejak langkahmu...
Subscribe to:
Posts (Atom)