SELAMAT DATANG KE BLOG KAUNSELING

SEMOGA KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI AKAN DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA ANDA SEMUA

KenALi SaYa KauNsELor AnDa

My photo
Sebagai seorang guru kaunseling...aku tidak terlepas dari tanggungjawab mendidik dan membantu anak-anak didikku menyelesaikan masalah mereka...biarpun ramai tapi sememangnya semua itu adalah cabaran dan dugaan...yang harus ku tempuhi dengan segala kekuatan sama ada dalaman dan luaran. Kini aku telah melalui banyak halangan dan cabaran dalam hidup ini ..pahit duka telah ku tempuh biarpun sepahit hempedu...sememangnya itulah hakikat yang harus dihadapi oleh makhluk ciptaan tuhan yang bernama manusia. ilmu kaunseling banyak mengajarku erti kehidupan...mengajarku cara terbaik menangani masalah yang berat ...mengajarku cara menghilangkan segala tekanan…mengajarku tentang kehidupan ini...mengajarku erti segalanya...mengajarku juga erti persahabatan sejati…siapa teman siapa lawan…dalam perjuanganku ini ada ketika-ketikanya aku menghadapi saat-saat getir namun demi anak-anak didikku yang dahagakan sumbanganku, segalanya sanggup kukorbankan...untukmu wahai puteri puteraku tersayang...anda semua adalah harapan bangsa masa depan...usah dipersiakan usia mudamu...

Search This Blog

Wednesday, September 9, 2009

Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/ 2011 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2009 sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2009 hingga 10 Oktober 2009.

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :

1. Jurusan Sains (M001)
2. Jurusan Perakaunan (M003)
3. Aliran Teknikal (M007)

KELAYAKAN MEMOHON

1. Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia atau pelajar bukan bumiputera warganegara Malaysia dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2010.
2. Borang permohonan dihantar sebelum atau pada 10 Oktober 2009.
3. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2009.
* Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
* Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
* Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.


UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA LAYARI LAMAN WEB MATRIKULASI KPM
http://apps.emoe.gov.my/permohonan_matrikulasi/index.cfm

No comments:

Post a Comment