Erti Persahabatan
Dalam dunia ini, kita tidak punya sesiapa
kecuali diri sendiri..
tetapi dalam kita bersendiri
kita beruntung
kerana mempunyai seorang sahabat
yang memahami kita
Sebagaimana kita mengharapkan
keikhlasan dan kejujuran
seorang sahabat
begitu juga dia
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu
Kita cuma mengambil kira
tentang harapan dan perasaan kita
Kita rasa dikhianati
bila dia tidak menepati janjinya
Kita tidak memberi dia
peluang untuk menerang keadaannya
Bagi kita,
itu alasannya
untuk menutup kesilapan dan membela diri
Kita terlupa
kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti....
kerana kita juga ada janji yang tidak ditepati
Kita beri beribu alasan,
'memaksa' dia menerima alasan kita
Waktu itu, terfikirkah kita tentang perasaannya???
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa....
tetapi kita sering terlupa
Untungnya mempunyai seorang kawan
yang sentiasa di sisi kita pada waktu
kita memerlukannya
Dia mendengar luahan perasaan kita
segala rasa kecewa dan ketakutan
harapan dan impian kita luahkan
dia memberi jalan
sebagai laluan penyelesaian masalah
Selalunya kita terlalu asyik
bercerita tentang diri kita
hingga kadang-kadang terlupa kawan kita juga
ada cerita yang ingin dikongsi bersama
Pernah kah kita memberi dia peluang
untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya?..
rasa takutnya?..
Pernah kah kita menenangkan dia
sebagaimana dia pernah menyabarkan kita?
Ikhlas kah kita mendengar tentang kejayaan
dan berita gembiranya?
Mampu kah kita menjadi sumber kekuatannya
seperti mana dia meniup semangat
setiap kali kita merasa kecewa
dan menyerah kalah?
Dapat kah kita yakinkan dia
bahawa kita boleh dipercayai
kita boleh dijadikan tempat
untuk bersandar bila terasa lemah
agar tidak rebah?
Bolehkah kita menjadi bahu
untuk dia sandarkan harapan?
Sesekali jadilah kawan yang mendengar
dari yang hanya bercerita
Ambillah masa untuk memahami hati
dan perasaan kawan
kerana dia juga
seorang manusia;
dia juga ada rasa takut..
ada rasa bimbang..
sedih dan kecewa..
Dia juga ada kelemahan dan..
dia juga perlukan kawan sebagai kekuatan.
Jadilah kita kawannya itu
Kita selalu melihat dia ketawa
tetapi mungkin sebenarnya
dia tidak setabah yang kita sangka
Di sebalik senyumannya itu
mungkin banyak cerita sedih
yang ingin diluahkan..
di sebalik kesenangannya..
mungkin tersimpan
seribu kekalutan..
kita tidak tahu.......
tetapi jika kita cuba
menjadi sahabat sepertinya..
mungkin kita akan tahu
Renungilah.......
Salam Maulidur-Rasul
No comments:
Post a Comment