SELAMAT DATANG KE BLOG KAUNSELING

SEMOGA KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI AKAN DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA ANDA SEMUA

KenALi SaYa KauNsELor AnDa

My photo
Sebagai seorang guru kaunseling...aku tidak terlepas dari tanggungjawab mendidik dan membantu anak-anak didikku menyelesaikan masalah mereka...biarpun ramai tapi sememangnya semua itu adalah cabaran dan dugaan...yang harus ku tempuhi dengan segala kekuatan sama ada dalaman dan luaran. Kini aku telah melalui banyak halangan dan cabaran dalam hidup ini ..pahit duka telah ku tempuh biarpun sepahit hempedu...sememangnya itulah hakikat yang harus dihadapi oleh makhluk ciptaan tuhan yang bernama manusia. ilmu kaunseling banyak mengajarku erti kehidupan...mengajarku cara terbaik menangani masalah yang berat ...mengajarku cara menghilangkan segala tekanan…mengajarku tentang kehidupan ini...mengajarku erti segalanya...mengajarku juga erti persahabatan sejati…siapa teman siapa lawan…dalam perjuanganku ini ada ketika-ketikanya aku menghadapi saat-saat getir namun demi anak-anak didikku yang dahagakan sumbanganku, segalanya sanggup kukorbankan...untukmu wahai puteri puteraku tersayang...anda semua adalah harapan bangsa masa depan...usah dipersiakan usia mudamu...

Search This Blog

Thursday, December 31, 2009

MADAH CINTA MINGGU INI

(1)

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

(2)

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

(3)

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.

SELAMAT TAHUN BARU

Tuesday, December 29, 2009

MUTIARA KATA MINGGU INI

"Berusahalah dengan ikhlas tanpa memikirkan balasan semata-mata, kerana semakin tinggi keikhlasan di dalam diri, semakin tinggilah balasan baik yang akan diperolehi dalam keadaan sedar atau tidak"
www.familiazam.com
"Orang yang terlalu cepat berputus asa adalah orang yang putus harapan seumpama dia telah menyediakan dirinya untuk mati sebelum mati"

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus"
www.familiazam.com
"Orang yang sebenarnya berani ialah mereka yang tak lekas patah hati, tetapi bertahan dengan menghadapi setiap dugaan dan cabaran"

"Jangan lihat apa yang telah kamu usahakan, tetapi lihatlah apa yang belum kamu selesaikan"

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH SESI 2010

KEPADA SEMUA PELAJAR SMK SELAMA...DAN SEMUA PELAJAR DI SEKOLAH SELURUH MALAYSIA...SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH...SEMOGA DENGAN AZAM DAN SEMANGAT YANG LEBIH BERSUNGGUH-SUNGGUH BAKAL MENCIPTA LEBIH BANYAK KEJAYAAN DI BIDANG AKADEMIK DAN KOKURIKULUM...SELAMAT MAJU JAYA...

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1/2010


GURU BERTUGAS PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1/2010

PARA WARIS DAFTAR PELAJAR TINGKATAN 1

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1/2010

PUISI BULAN INI

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Ya Allah...

Seandainya telah Kau catatkan ..

Dia milikku tercipta buatku..

Satukanlah hatinya dengan hatiku..

Titipkanlah kebahagiaan antara kami..

Agar kebahagiaan itu abadi..

Ya Allah ya tuhanku yang Maha Mengasihi..

Seiringkanlah kami melayari hidup ini..

Ketepian yang sejahtera dan abadi..

Maka jodohkanlah kami...

Tetapi Ya Allah..

Seandai telah Kau takdirkan..

Dia bukan milikku..

Bawalah dia jauh dari pandanganku..

Luputkanlah dia dari ingatanku..

Dan peliharalah aku dari kekecewaan..

Ya Allah ya tuhanku yang Maha Mengerti..

Berikanlah aku kekuatan..

Menolak bayangnya jauh ke dada langit..

Hilang bersama senja nan merah..

Agarku senantiasa tenang..

Walaupun tanpa bersama dengannya..

Ya Allah ya tercinta..

Pasrahkanlah aku dengan takdirmu..

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan ...

Adalah yang terbaik untukku..

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui..

Segala yang terbaik buat hambaMu ini...

Cukuplah Engkau sahaja menjadi pemeliharaku..

Di dunia dan di akhirat..

Dengarlah rintihan dari hambaMu yang dhaif ini..

Janganlah Engkau biarkan aku sendirian...

Di dunia mahupun di akhirat..

Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran..

Maka kurniakanlah aku pasangan yang beriman..

Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup..

Ke jalan yang Engkau redhai..

Dan kurniakanlah aku keturunan yang soleh dan solehah..

Ya Allah....

Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat..

Dan peliharalah kami dari azab api neraka..

AMIN.... AMIN... AMINN...

Ya Rabbal'alamin..

Saturday, December 12, 2009

MUTIARA KATA MINGGU INI

-CINTA-

Cinta lebih mekar di hati yang sedang dilanda kecewa. Cinta seperti ini adalah cinta yang mengharapkan belas kasihan, sebab itu bila sepi telah punah maka selalunya cinta juga akan turut terbang.

"Jangan simpan kata-kata cinta pada orang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu di pusaranya.sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.”

SELAMAT BERCUTI

KEPADA SEMUA PELAJAR SMK SELAMA.......PELAJAR-PELAJAR DI SEMUA SEKOLAH-SEKOLAH SELURUH MALAYSIA....DIUCAPKAN SELAMAT BERCUTI...JAGA DIRI SEPANJANG BERCUTI...

Sunday, December 6, 2009

MUTIARA KATA MINGGU INI

MUTIARA KATA


sekadar untuk renungan ada yang boleh dipercayai dan ada juga yang tak boleh
dipercayai
VERSI B.MELAYU
VERSI B.INGGERIS


ANDA TIDAK DAPAT MENGGEMBIRAKAN SEMUA

ORANG DENGAN HARTA BENDA. OLEH ITU GEMBIRAKANLAH
MEREKA DENGAN SENYUMAN BERSERI DAN IKHLAS LUHUR
(MAKSUD HADITH)


ORANG YANG BANYAK BERKATA, AKAN BANYAK SILAP
DAN ORANG YANG BANYAK SILAP AKAN BANYAK DOSA DAN
ORANG YANG BANYAK DOSA IALAH NERAKA LEBIH LAYAK BAGINYA.
(MAKSUD HADITH)


KAHWINILAH ANDA WANITA YANG PENYAYANG DAN PERAMAH

DAN SALING MEMBERI HADIAHLAH AGAR KASIH SAYANG
KAMU BERTAMBAH.
(MAKSUD HADITH)

Saturday, September 26, 2009

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

TIPS Persediaan Akhir Peperiksaan


1. Ulangkaji nota-nota ringkas setiap subjek dan gunakan buku rujukan

dimana perlu.

2. Sediakan jadual ulangkaji yang lebih intensif.

3. Beri perhatian kepada tajuk/tajuk kecil dimana penguasaan anda masih belum memuaskan.

4. Jika timbul ketidakpastian, bincang dengan rakan/guru.

5. Jawab soalan-soalan yang lepas dan minta disemak oleh guru (esei).

6. Rekodkan perkembangan ulangkaji anda. Dekit demi sedikit lama-lama jadi bukit.

7. Fahami dengan sebaik-baiknya keperluan kertas soalan.

8. Lakukan senaman ringan setiap petang sekurang-kurangnya 20 minit.

9. Analisa jadual peperiksaan, gariskan subjek yang anda ambil dan beri perhatian kepada perkara-perkara sepert tarikh, masa, tempat kod subjek dan keperluan yang perlu dibawa.


Persediaan Pada Hari Peperiksaan


1. Tidur awal pada hari peperiksaan, satu jam lebih awal. Untuk kesihatan badan dan kecerdasan otak kita memerlukan masa tidur antara 6-8 jam sebelah malam.

2. Elak mengulangkaji hingga jauh malam

3. Pastikan anda membawa semua alat/bahan/dokumen peperiksaan seperti Kad Pengenalan, pen, slip peperiksaan, pensil, pemadam, pembaris, mesin kira-kira dan lain-lain keperluan sebagaimana yang diarahkan (sediakan senarai semak peralatan)

4. Jangan lupa ambil serapan pagi.

5. Pastikan anda berada didewan peperiksaan satu jam atau 45 minit sebelum peperiksaan bermula. Ketua Pengawas Peperiksaan biasa akan memanggil pelajar masuk 15 minit sebelum peperiksaan bermula.

6. Sementara menunggu peperiksaan bermula lakukan ulangkaji cepat menggunakan Carta, Mind Mapping atau akronim untuk mengingatkan isi-isi penting dengan sepintas lalu.

7. Lakukan senaman ringan setiap petang sekurang-kurangnya 30 minit.

8. Jika anda kurang sihat dapatkan rawatan secepat mungkin.

Tips Bila Hampir Peperiksaan


1.Baiki hubungan dengan Allah
-Tunaikan solat dhuha
-Jaga solat
-Memohon ampun daripada Allah ( istighfar )
-Jangan lupa beribadah kepada Allah
-Peliharalah solat fardhu lima waktu



2.Agar doa makbul
-Hindarkan perut dimasuki barang haram
-Harus khusyuk dan serius untuk beribadah
-Mengetahui waktu-waktu doa dikabulkan atau dimustajabkan

contoh:
* Satu pertiga malam yang akhir
* Hari jumaat dan malamnya
* Bulan ramadhan terutamanya malam lailatul qadar
* Hari a\'rofat
* Khatam quran
* Setelah mendengar azan
* Di antara dua khutbah jumaat

-Bertawakkal kepada Allah sesudah berusaha dengan gigih



SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN....SEMOGA KEJAYAAN MENJADI ANDA...............