SELAMAT DATANG KE BLOG KAUNSELING

SEMOGA KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI AKAN DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA ANDA SEMUA

KenALi SaYa KauNsELor AnDa

My photo
Sebagai seorang guru kaunseling...aku tidak terlepas dari tanggungjawab mendidik dan membantu anak-anak didikku menyelesaikan masalah mereka...biarpun ramai tapi sememangnya semua itu adalah cabaran dan dugaan...yang harus ku tempuhi dengan segala kekuatan sama ada dalaman dan luaran. Kini aku telah melalui banyak halangan dan cabaran dalam hidup ini ..pahit duka telah ku tempuh biarpun sepahit hempedu...sememangnya itulah hakikat yang harus dihadapi oleh makhluk ciptaan tuhan yang bernama manusia. ilmu kaunseling banyak mengajarku erti kehidupan...mengajarku cara terbaik menangani masalah yang berat ...mengajarku cara menghilangkan segala tekanan…mengajarku tentang kehidupan ini...mengajarku erti segalanya...mengajarku juga erti persahabatan sejati…siapa teman siapa lawan…dalam perjuanganku ini ada ketika-ketikanya aku menghadapi saat-saat getir namun demi anak-anak didikku yang dahagakan sumbanganku, segalanya sanggup kukorbankan...untukmu wahai puteri puteraku tersayang...anda semua adalah harapan bangsa masa depan...usah dipersiakan usia mudamu...

Search This Blog

Saturday, October 2, 2010

RENUNGKANLAH WAHAI TEMAN....

Cinta akan menjadi rahmat daripada,

Allah jika iman dijadikan panduan,

Sebaliknya cinta akan menjadi laknat,

Jika nafsu dan syaitan dijadikan ikutan.

Cinta yang mengalir kerana allah itulah

Cinta yang benar,suci lagi murni…

Cinta bukan diukur mengikut pandangan allah,

Mata,tetapi mengikut pandangan allah,

Cinta lahir kerana allah dan cinta diberi

Untuk mendapat keredhaan allah,

Cinta begini tiada batasnya,

Dan cinta lahir hasil daripada sama-sama,

Cinta kepada allah……

Cinta bukan mengajar kita lemah,

Tetapi membangkitkan kekuatan,

Cinta bukan mengajar kita menghina diri,

Tetapi menghembuskan kegagahan,

Cinta bukan melemahkan kudrat,

Tetapi membangkitkan semangat…….

TEKNIK BELAJAR

TIPS MEMBACA YANG BERKESAN

Membaca adalah satu proses yang sangat penting untuk mendapat ilmu dan maklumat. Kebanyakan pelajar mempunyai tabiat belajar yang buruk. Akibatnya mereka menghadapi masalah seperti cepat bosan, jemu, kurang minat, mengantuk dan sebagainya. Lama-kelamaan jika diteruskan juga akan membuatkan pelajar rasa malas untuk membaca. Kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan perlu ditanam dalam diri pelajar. Dengan ilmu manusia disanjung, dikagumi dan dihormati. Kejayaan dan kecemerlangan hidup tidak mungkin tercapai tanpa ilmu.


Persediaan Sebelum Membaca. Langkah-langkah yang berikut perlu diambil untuk memastikan pelajar mampu membaca secara berkesan.
1. Pilih masa belajar yang sesuai. Waktu belajar yang paling sesuai ialah ketika kurangnya gangguan terhadap tumpuan. Badan tidak letih dan perut tidak terlalu kenyang. Waktu subuh merupakan waktu yang paling ideal untuk belajar.
2. Pilih suasana yang sesuai. Iaitu suasana yang terang, kemas, bersih, nyaman, tenang dan tersusun.
3. Pastikan kedudukan badan yang betul dengan buku dijarakkan lebih kurang satu kaki dari mata.
4. Mulakan dengan bacaan Bismillah dan doa agar diterangkan hati.

Pelbagai Cara Membaca. Terdapat tiga cara membaca bergantung kepada tujuan satu-satu sessi pembacaan itu dilakukan.
Membaca untuk hiburan. Membaca untuk tujuan berhibur tidak memerlukan daya tumpuan yang tinggi. Bahan-bahan yang biasa dibaca ialah majalah, komik, novel, cerpen, akhbar dan sebagainya.
Membaca untuk mencari maklumat tertentu. Ada ketikanya anda membaca semata-mata untuk mencari maklumat yang tertentu sahaja.
Anda boleh membaca seimbas dan pantas bagi mencari lokasi maklumat yang dicari. Anda perlu merujuk kepada isi kandungan dan indeks bagi mendapatkan maklumat dengan lebih cepat. Anda boleh terus membelek muka surat yang berkaitan dan memlambatkan bacaan anda bagi menyaring maklumat yang ada.
Membaca secara kritikal. Membaca cara ini perlu apabila anda membaca untuk memahami konsep, istilah, logik dan sebagainya. Membaca secara kritikal adalah kaedah yang betul ketika menelaah mata pelajaran anda. Dengan menggunakan pendekatan ini, belajar nyata lebih seronok dan tidak membosankan. Minat juga mula terbit apabila anda mula memahami isi kandungan yang dibaca.

Langkah-langkah Membaca Secara Kritikal.
• Melihat seimbas. Berikan perhatian kepada perkara-perkara yang berikut.
Lihat tajuk-tajuk kecil dan dapatkan perkaitan (jika ada) diantara tajuk-tajuk tersebut.
Amati seimbas rajah, peta, jadual, carta, radas,gambar dan sebagainya.
Lihat soalan-soalan yang ada termasuk soalan-soalan dibahagian belakang sesuatu bab / tajuk utama.
Catatkan sebarang persoalan (jika ada) yang timbul dalam fikiran pada sehelai kertas.
• Baca pendahuluan dan kemudian baca bahagian kesimpulan / penutup.
• Baca secara terperinci, ayat demi ayat, perenggan demi perenggan. Terjemahkan setiap penjelasan dalam bentuk gambaran minda.
• Jangan pindah perenggan selagi anda tidak memahami apa yang sedang dibaca. Perlahankan rentak bacaan anda apabila tiba dibahagian yang sukar. Ulang baca beberapa kali sekiranya perlu.
• Gariskan fakta-fakta penting. Buatkan ringkasan kedalam nota peperiksaan anda.
• 'Highlight' setiap kata kunci.
• Gunakan kod warna misalnya warna kuning untuk nama orang, warna biru untuk tarikh dan sebagainya.
• Yakinkan diri anda yang anda mampu menguasai bahan yang dibaca.
• Setelah habis satu perenggan, tutup buku dan nota anda. Fikirkan atau gambarkan semula apa yang telah anda baca. Setelah habis satu tajuk kecil, ambilkan sehelai kertas dan lakarkan kembali apa yang telah anda baca dalam bentuk peta minda atau peta konsep.

PUISI BULAN INI - PAKAI TUDUNG TAPI TELANJANG

Pakai tudung tapi telanjang,

Hei.....apa nak jadi umat islam sekarang,

Bila tegur dia naik berang,

Balasnya “JANGAN NAK JAGA TEPI KAIN ORANG”..

Di atas tutup di bawah terbuka,

Kanan terbelah kiri ternganga,

Pakai skirt biarlah berpada, Assalamualaikum…..pembuka tirai,

Marilah baca dan hayati ramai-ramai

Jangan sampai kita dikata..

Kalau nak bertudung biarkah ikhlas,

Jangan cemar maruah agama,

Tidak semestinya bertudung tak boleh berhias,

Tapi kenalah ikut suruhan agama.

Bila bertudung jagalah peribadi,

Ingat.......maruah kita tidak boleh dibeli,

Janganlah kotorkan diri yang suci,

Bila dah terlanjur baru nak gigit jari..

Islam tidak pernah susahkan umatnya,

Menutup aurat tu kewajipan kita,

Kalau berat tak tau lah nak kata apa,

Tepuk dada tanya iman....bukan selera!!

Kalau tepuk dada tanya selera,

Maknanya nafsu lebih berkuasa,

Membuka aurat dianggap biasa,

Nak buat macam mana??Nafsu dah jadi raja..

Pakai tudung kain terbelah,

Sampai terkadang ternampak paha,

Islam itu sebenarnya indah,

Cuma kita yang tidak dapat menilainya...

Apa nak jadi gadis sekarang??

Ada telinga tapi tuli,

Bila dinasihat kita diserang,

Itu ke dia gadis sejati??

Bila ditegur mulutnya muncung,

Kubur lain-lainlah ke situ pulak dia melencong,

Agama dijunjung syariat disanjung,

Macam mana nak buktikan islam agama terulung??

Wahai umat islam aku menyeru,

Tutuplah aurat sopankanlah pakaianmu,

Sejuk mata,mata pandang tak jemu,

Kan selamat kalau semua orang macam tu...!!

Siapakah orang yang dungu kepala otaknya??

Orang yang tidak menurut perintah Yang Maha Esa,

Terlalu taksub dengan nikmat dunia,

Dan yakin Allah tak balas kelalaiannya..

Bukan sengaja merekakan cerita,

Tapi senario ini yang sering terjadi,

Pakai tudung just ikut ja,

Tanpa disusuli niat yang suci..

Malas nak berceloteh panjang lagi,

Banyak cakap banyak pula dosanya,

Fikirlah sendiri untuk diinsafi,

Ingat.....kaum gadis yang ramai menghuni neraka..

Sebelum daku mengundur diri,

Minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki,

Ingat....jaga diri hiasi peribadi,

Agar menjadi muslimah sejati,

Masalammah penutup tirai,

Ukhwah fillah jangan terlerai..