SELAMAT DATANG KE BLOG KAUNSELING

SEMOGA KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI AKAN DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA ANDA SEMUA

KenALi SaYa KauNsELor AnDa

My photo
Sebagai seorang guru kaunseling...aku tidak terlepas dari tanggungjawab mendidik dan membantu anak-anak didikku menyelesaikan masalah mereka...biarpun ramai tapi sememangnya semua itu adalah cabaran dan dugaan...yang harus ku tempuhi dengan segala kekuatan sama ada dalaman dan luaran. Kini aku telah melalui banyak halangan dan cabaran dalam hidup ini ..pahit duka telah ku tempuh biarpun sepahit hempedu...sememangnya itulah hakikat yang harus dihadapi oleh makhluk ciptaan tuhan yang bernama manusia. ilmu kaunseling banyak mengajarku erti kehidupan...mengajarku cara terbaik menangani masalah yang berat ...mengajarku cara menghilangkan segala tekanan…mengajarku tentang kehidupan ini...mengajarku erti segalanya...mengajarku juga erti persahabatan sejati…siapa teman siapa lawan…dalam perjuanganku ini ada ketika-ketikanya aku menghadapi saat-saat getir namun demi anak-anak didikku yang dahagakan sumbanganku, segalanya sanggup kukorbankan...untukmu wahai puteri puteraku tersayang...anda semua adalah harapan bangsa masa depan...usah dipersiakan usia mudamu...

Search This Blog

Sunday, August 9, 2009

CiPtAaN TuHaN


Mereka mengagumi cantiknya si bunga.....

Mereka mengagumi indahnya suasana bait lagu atau merdunya suara penyanyi.......

Tetapi mengapa mereka tidak memikirkan kecantikan Yang Maha Mencipta bunga,keindahan ayat-ayat Al-Quran,kemerduan suara yang berkicauan dan suara angin deru yang mendamaikan.......

Paling tidak,mengapa manusia jarang sekali yang tunduk berserah diri untuk bersyukur...........

Sesungguhnya Maha Benarlah Allah bila Dia menfirmankan manusia itu zalim dan amat bodoh.............

Al-Ahzab 33:72

SEKAPUR SIRIH.....SEKELUMIT RASA....


ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA,

SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA PENGUNJUNG BLOG SAYA KAUNSELING @ SMK SELAMA KEDAH. ALHAMDULLILLAH SYUKUR SAYA KE HADRAT ILLAHI KERANA AKHIRNYA IMPIAN SAYA UNTUK MEMPUNYAI BLOG KAUNSELING MENJADI KENYATAAN. KEWUJUDAN BLOG INI PADA SAYA ADALAH BAGI MERAPATKAN LAGI HUBUNGAN ANTARA SAYA, SELAKU KAUNSELOR SMK SELAMA KEDAH DAN PARA PELAJAR SAYA. MUNGKIN SEBELUM INI RAMAI YANG BERANGGAPAN BAHAWA KAUNSELING HANYA UNTUK MEREKA-MEREKA YANG BERMASALAH. NAMUN BEGITU DENGAN KEWUJUDAN BLOG INI IAINYA SEDIKIT SEBANYAK TELAH DAPAT MEMBUKTIKAN
BAHAWA KAUNSELING TIDAK HANYA KEPADA INDIVIDU-INDIVIDU YANG BERMASALAH TETAPI JUGA MAMPU MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA.
MELAUI BLOG INI SAYA TELAH MENYEDIAKAN PELBAGAI INFO MENARIK UNTUK TATAPAN ANDA SEMUA. DIHARAPKAN IANYA MAMPU MEMBERI ILMU DAN MANFAAT KEPADA SEMUA. SEKIAN TERIMA KASIH..........
SEHINGGA BERJUMPA LAGI......