SELAMAT DATANG KE BLOG KAUNSELING

SEMOGA KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI AKAN DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA ANDA SEMUA

KenALi SaYa KauNsELor AnDa

My photo
Sebagai seorang guru kaunseling...aku tidak terlepas dari tanggungjawab mendidik dan membantu anak-anak didikku menyelesaikan masalah mereka...biarpun ramai tapi sememangnya semua itu adalah cabaran dan dugaan...yang harus ku tempuhi dengan segala kekuatan sama ada dalaman dan luaran. Kini aku telah melalui banyak halangan dan cabaran dalam hidup ini ..pahit duka telah ku tempuh biarpun sepahit hempedu...sememangnya itulah hakikat yang harus dihadapi oleh makhluk ciptaan tuhan yang bernama manusia. ilmu kaunseling banyak mengajarku erti kehidupan...mengajarku cara terbaik menangani masalah yang berat ...mengajarku cara menghilangkan segala tekanan…mengajarku tentang kehidupan ini...mengajarku erti segalanya...mengajarku juga erti persahabatan sejati…siapa teman siapa lawan…dalam perjuanganku ini ada ketika-ketikanya aku menghadapi saat-saat getir namun demi anak-anak didikku yang dahagakan sumbanganku, segalanya sanggup kukorbankan...untukmu wahai puteri puteraku tersayang...anda semua adalah harapan bangsa masa depan...usah dipersiakan usia mudamu...

Search This Blog

Monday, April 2, 2012

S
Sewaktu memberikan perkongsian ilmu kepimpinan kepada anak-anak pelajar yang menjadi teraju kepimpinan dalam Kursus Kepimpinan Pengawas SMAD 2012....

Sunday, April 1, 2012

Persediaan yang dibuat untuk melancarkan Program Pelancaran Sekolah Penyayang...Anakanda Amiruddin - Tingkatan 6S, menjadi pengacara majlis. 

Saturday, March 31, 2012

Friday, September 30, 2011

ADAB TERHADAP IBU BAPA

ADAB TERHADAP IBU BAPA

Tatasusila anak berhadapan dengan ibu bapa

SEORANG anak perlu menghormati ibu kerana ibu begitu berkorban dan susah menjaga mereka ketika kecil. Selain kasih kepada ibu, anak mesti juga memberi kasih sayang yang sama kepada bapa.
Bapa pula bertanggungjawab terhadap makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pelajaran dan lain-lain keperluan keluarga.

Oleh itu, manusia harus berbakti kepada ibu bapa dan mentaati suruhannya sebagai tanda membalas budi terhadap jasa keduanya.

Agama Islam menetapkan beberapa peraturan dan tata susila yang harus menjadi amalan semua anak apabila berhadapan dengan ibu bapa mereka. Antaranya:

1. Berbuat baik kepada kedua ibu bapa

Maknanya, ihsan atau berbuat baik kepada kedua ibu bapa adalah sifat Muslim yang mulia. Banyak nas dan yang menyuruh seseorang itu berbuat baik kepada kedua ibu bapanya. Firman Allah yang bermaksud:
Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu bapa. (Surah an-Nisaa, ayat 36).
Tidak ada jalan lain untuk membahagiakan ibu bapa melainkan dengan berbuat baik kepada mereka.

2. Menghargai dan menghormati mereka

Sebagai menghargai jasa kedua ibu bapa, Islam mengangkat tinggi darjat keduanya, iaitu selepas darjat beriman kepada Allah dan beribadat kepada-Nya.
Al-Quran memandang mulia konsep ihsan terhadap kedudukan ibu bapa. Sebagai seorang anak, penggunaan tutur kata haruslah lemah-lembut.
Allah berfirman yang bermaksud:
Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku ketika aku kecil. (Surah al-Isra, ayat 24).

3. Merendahkan suara ketika berbicara dengan ibu bapa

Apabila berbicara dengan ibu bapa, janganlah sesekali mengeluarkan perkataan yang tidak menyenangkan dan boleh menyinggung perasaan, umpamanya dengan suara tinggi.
Firman Allah:
Maka sesekali janganlah kamu mengucapkan ah kepada keduanya. (Surah an-Nisaa, ayat 23).

4. Berdoa untuk kebahagiaan ibu bapa

Seseorang anak hendaklah sentiasa mendoakan ibu bapa sama ada yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia.
Sebagai seorang anak salih, tidak seharusnya melupakan ibu bapa begitu saja.
Allah berfirman yang bermaksud:
Dan ucapkanlah wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua mendidik aku waktu kecil. (Surah al-Isra, ayat 24).

5. Jangan menderhaka kepada ibu bapa

Seorang anak dilarang sama sekali menderhaka ibu bapa. Sesungguhnya, derhaka kepada ibu bapa adalah dosa paling besar dan keji.

6. Hormat kepada ibu bapa bukan Muslim

Seseorang anak harus juga berbakti dan menghormati ibu bapa sekalipun mereka bukan beragama Islam. Asma
Abu Bakar pernah berkata, aku pergi kepada ibuku padahal dia masih musyrik, lalu aku meminta fatwa daripada Rasullah
Aku berkata:
Aku bertemu dengan ibuku dan dia meminta sesuatu kepadaku, adakah aku boleh menghubungi dia?

Jawab Baginda:
Ya, hubungilah ibumu, ini bererti berbaktilah kepadanya. (Muttafaq Alaihi)

ADAB BELAJAR

Adab Belajar Mengikut Imam al-Ghazali

1. Mendahulukan salam kepada guru dan bersalaman dengan bercium tangan sebagai tanda penghormatan - ikut jantina.
2. Jangan banyak bercakap di hadapan guru.
3. Jangan bercakap jikalau tidak ditanya.
4. Jangan bertanya melainkan jikalau diarah oleh guru.
5. Jangan menyangkal kata-kata guru.
6. Jangan mengumpat pelajar lain.
7. Jangan berbisik di hadapan guru.
8. Jangan berpaling kiri dan kanan.
9. Jangan menyoal semasa guru kepenatan.
10. Berdiri apabila guru bangun (ketika guru keluar dan masuk).
11. Dengar dengan khusyuk ilmu yang disampaikan walaupun diulang 1000 kali.
12. Rujuk guru dalam memilih ilmu.
13. Jangan duduk tempat guru.
14. Jangan berjalan di hadapan guru kecuali darurat.
15. Jangan ketuk pintu berulang kali hingga guru keluar menemuinya.
16. Sentiasa mendapat keredhaannya dan jauhkan kemurkaannya.
17. Muliakan anak-anak guru.
18. Selalu berhubung dengan guru.
19. Elakkan tidak menziarahi guru lebih 40 hari. Ini boleh mengurangkan keberkatan ilmu.
20. Selalu mendoakan guru selepas setiap solat lima waktu.
Semoga ianya berguna dan dapat diamalkan oleh murid-murid.

Friday, April 29, 2011

PERMATA BUATMU

Sekian lamanya aku menyepi dari dunia yang kucipta sendiri…mungkin kerana kesibukan yang direka sendiri ataupun terlalu krisis yang membelenggu diriku membuatkan diri alpa dengan tugas-tugas hakikiku…namun…kini aku kembali untuk menebus segala kekecewaan yang melanda demi anak didikku yang tercinta….sesungguhnya kamu semua adalah intan permata yang tidak ternilai buat diriku ini…jasa baktiku yang kucurahkan kepada kamu semua…adalah intan permata yang tidak terjual di mana-manapun…mungkin bait-bait kata-kata ini memberikan maksud yang berbeza…namun tafsirannya tetap sama…andai aku pernah menjadi seorang insan yang penuh dukalara suatu ketika…izinkan aku menitipkan kembali butiran permata ini buat tatapan anak-anak tercinta…mungkin buat terakhir kalinya sebagai seorang guru kaunseling….

Friday, January 21, 2011

NOTA UNTUK ANAK-ANAKKU...

Revision Tips
Panduan Mengulangkaji
• Make your own short notes or use mind maps. This is an
active studying skill, which will help you to better
understand the concepts.
Tuliskan nota singkat atau gunakan peta minda. Ini
cara pembelajaran aktif yang dapat membantu
minda pelajar mendalami konsep-konsep yang dipelajari.
• Review your understanding of the concepts by trying out
examination questions.
Imbas kembali kefahaman konsep dengan menjawab
kertas-kertas soalan peperiksaan
• Practise your time management when answering
examination questions a few times to improve your time
management skills
Berlatih mengurus waktu bila menjawab soalan
peperiksaan beberapa kali supaya dapat memperbaiki
pengurusan waktunya
• Set aside at least 2 hours each day to study and schedule
each subject so no subject is ignored. The best times to
study are from 3.00 pm – 6.00 pm or 7.30 pm – 9.30 pm.
Avoid studying late into the night because this would make
you tired the next day.
Ketepikan sekurang-kurangnya 2 jam setiap hari untuk
belajar. Jadualkan tiap matapelajaran supaya tidak
mengabaikan sebarang matapelajaran. Sebaik-baiknya
belajar pada waktu petang dari jam 3 hingga 6 petang
atau dari jam 7.30 hingga 9.30 malam. Pelajar tidak
harus belajar pada lewat malam kerana ini akan
menyebabkannya rasa letih pada keesokan hari.
Seven Critical Habits for Achieving Success
Tujuh Tabiat Kritikal untuk Mencapai Kejayaan
• Get into the routine of examinations with child
Tetapkan rutin atau kebiasaan menghadapi peperiksaan
bersama anak
• Set and communicate clear goals
Tetapkan matlamat jelas
• Enhance proficiency in English language
Tingkatkan Penguasaan Bahasa Inggeris
• Incorporate Mathematics into daily lives
Terapkan Matematik dalam kehidupan seharian
• Start mediation of learning early
Mulakan pengantaraan pembelajaran dari awal
• Ensure total family involvement
Pastikan penglibatan seluruh keluarga
• Establish wide support network
Tubuhkan jaringan sokongan yang luas
Guidelines how parents can support
our children’s preparation for examinations
Panduan bagaimana ibu bapa boleh
menyokong persiapan peperiksaan anak-anak kita
• Help our child put up or plan a schedule for studying
Bantu anak kita menyiapkan atau merancang
jadual untuk belajar
• Create a special area for studying and call it the
Study Zone’
Sediakan tempat khas untuk belajar dan namakan
ia “Zon Belajar’.
• Establish time limits for watching television or talking on
the telephone during examination period, ensure sufficient
time for rest, and relax.
Tetapkan had-had masa untuk menonton televisyen
atau berbual di telefon sewaktu musim peperiksaan
dan pastikan masa yang cukup untuk rehat
dan relaks.
• Develop our child’s confidence by giving
encouragement and praising. It facilitates
independent thought and provides motivation for our
child to achieve goals.
• Pupuk keyakinan diri dengan memberi dorongan dan
pujian.Ini akan membantunya berfikir secara berdikari
dan memberinya motivasi untuk mencapai matlamatnya.
• Set clear goals and communicate these goals. It helps children
understand or know what they are supposed to do, how and why it is
important. This helps them to stay focused, monitor themselves
successfully and derive satisfaction from their progress.
Tetapkan matlamat-matlamat yang jelas dan berkomunikasi
dengan anak-anak mengenai matlamat-matlamat itu.Ini membantu
anak-anak untuk memahami apa yang patut mereka lakukan,
bagaimana dan mengapa ianya penting. Ia akan membantu mereka
memberi tumpuan, mengawasi diri mereka dengan baik dan meraih
mendapat kepuasan dari kemajuan mereka.
• Make learning more meaningful by helping our child focus his
attention on his environment by showing him interesting
characteristics in people, animals or nature. This also helps to
develop important thinking skills of comparing and contrasting.
Buat pembelajaran lebih bermakna dengan membantu anak kita
menumpukan perhatian kepada sekitarannya dengan menunjukkan
ciri-ciri menarik yang ada pada manusia,binatang atau alam
semulajadi. Ini juga membentuk kemahiran penting seperti
berfikir dalam membuat perbandingan.