SELAMAT DATANG KE BLOG KAUNSELING

SEMOGA KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI AKAN DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA ANDA SEMUA

KenALi SaYa KauNsELor AnDa

My photo
Sebagai seorang guru kaunseling...aku tidak terlepas dari tanggungjawab mendidik dan membantu anak-anak didikku menyelesaikan masalah mereka...biarpun ramai tapi sememangnya semua itu adalah cabaran dan dugaan...yang harus ku tempuhi dengan segala kekuatan sama ada dalaman dan luaran. Kini aku telah melalui banyak halangan dan cabaran dalam hidup ini ..pahit duka telah ku tempuh biarpun sepahit hempedu...sememangnya itulah hakikat yang harus dihadapi oleh makhluk ciptaan tuhan yang bernama manusia. ilmu kaunseling banyak mengajarku erti kehidupan...mengajarku cara terbaik menangani masalah yang berat ...mengajarku cara menghilangkan segala tekanan…mengajarku tentang kehidupan ini...mengajarku erti segalanya...mengajarku juga erti persahabatan sejati…siapa teman siapa lawan…dalam perjuanganku ini ada ketika-ketikanya aku menghadapi saat-saat getir namun demi anak-anak didikku yang dahagakan sumbanganku, segalanya sanggup kukorbankan...untukmu wahai puteri puteraku tersayang...anda semua adalah harapan bangsa masa depan...usah dipersiakan usia mudamu...

Search This Blog

Wednesday, September 16, 2009

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

ANAK-ANAK PELAJARKU SEKELIAN...
SETELAH BERGEMBIRA MERAIKAN KEMENANGAN KITA MENAHAN LAPAR DAN DAHAGA DI BULAN PUASA...BERSAMA-SAMA RAKAN TAULAN, SANAK SAUDARA
BERHARIRAYA...KINI TIBALAH MASA UNTUK KITA SEMUA MENUNAIKAN PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI...

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH...SEMOGA SEMAKIN BERSEMANGAT DAN BERSEDIA UNTUK MENEMPUH PEPERIKSAAN YANG SEMAKIN MENJELANG TIBA...KEJAYAAN PASTI MENJADI MILIK KITA BERSAMA...INSYAALLAH...

DeNgAn InGaTaN TuLuS IkHLas


WaLAu LaNgkAH TaK BeRTeMu, TaNgaN TaK BeRJaBaT, UcaP TaK TeRDeNgaR, MaTA TaK BeRTeNTaNG... MoHoN MaAF sEGaLa KekHiLaFaN ,KeRaNA aDa TiKaNyA MaTa SiLaP MeMaNdANg, TeLiNGa SaLaH MeNdeNgaR, LiDaH TeRLaNjuR BeRkATa-KatA & HaTI TeRsaLaH MeNDuGa. SALAM AIDILFITRI MINAL AIDIL WALFAIZIN

PROGRAM KERJAYA SMK SELAMA

HARI INI DALAM SEJARAH


Tunku Abdul Rahman dalam satu ucapan beliau di depan Persatuan Wartawan Asing di sebuah hotel di Singapura pada 27 Mei 1961, menggagaskan penubuhan negara Malaysia yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei Sarawak, dan Sabah. Antara lain, ia bertujuan untuk menyekat pengaruh komunis, mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi dan mempercepat proses kemerdekaan terhadap Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Singapura menyambut baik idea tersebut manakala Brunei enggan menyertainya. Manakala Sarawak dan Sabah yang mulanya menolak cadangan tersebut akhirnya telah bersetuju apabila diberi jaminan mengenai pemerintahan sendiri.

Untuk memberikan kebebasan dan keadilan kepada semua pihak, pada 17 Januari 1962 sebuah suruhanjaya yang akan meninjau pandangan penduduk negeri-negeri tersebut telah diumumkan dan dikenali sebagai Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya itu dianggotai oleh 5 orang ahli, dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan dianggotai oleh dua wakil Kerajaan British, Sir Anthonv Abell dan Sir David Watherston, sementara wakil Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula terdiri dari Datuk Wong Pow Nee dan Encik Mohamed Ghazali Shafie. Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.

Sepanjang Februari-April 1962, Suruhanjaya ini telah menemui lebih 4000 orang dan menerima 2200 memorandum daripada pelbagai pihak yang terdiri daripada parti-pati politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesatuan sekerja dan orang ramai yang memberikan pandangan. Secara keseluruhan, lebih lapan puluh peratus bersetuju dengan gagasan tersebut dan pada 21 Jun 1962, laporan tersebut telah diserahkan kepada kerajaan British.

Kata sepakat telah dicapai antara Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dengan Harold Macmillan, Perdana Menteri British untuk mengadakan rundingan di London. Rundingan tersebut berlangsung selama 2 minggu. Pada 9 Julai 1963, satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan Komanwel di Malborough House, London. Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-wakil Kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura. Kerajaan British telah diwakili oleh Perdana Menteri Encik Harold Macmillan, Encik Ducan Sandys dan Lord Landsdowne.

Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula telah diwakili oleh Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Encik Tan Siew Sin, Datuk V.T. Sambanthan, Datuk Ong Yoke Lin dan Dr. Lim Swee Aun. Sabah pula telah diwakili oleh Datuk Mustapha bin Datuk Harun, Encik Donald A. Stephen, Encik W.K.H. Jones, Encik Khoo Siak Chiew, Encik W.S. Holley dan Encik G.D. Sundang. Wakil-wakil dari negeri Sarawak pula terdiri daripada Encik P.E.H. Pike, Temenggung Jugah, Datuk Bandar Abang Haji Mustapha, Encik Ling Beng Siew dan Datuk Abang Haji Openg. Sementara Singapura telah diwakili oleh Encik Lee Kuan Yew dan Encik Goh Keng Swee. Kedua-dua negara bersetuju mengeluarkan kenyataan bersama pada 12hb Julai 1963 iaitu Kerajaan British bersetuju menyerahkan kedaulatan Sabah, Sarawak dan Singapura kepada Kerajaan Malaysia dan Malaysia akan wujud pada 31hb Ogos, 1963.

Ketika ura-ura pembentukan Malaysia menjadi kenyataan, Filipina dan Indonesia menentang keras gagasan tersebut. Filipina mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada wilayahnya manakala Indonesia yang mempunyai perancangan mewujudkan Indonesia Raya telah cuba menggagalkan usaha tersebut dengan lebih keras lagi dengan mengisytiharkan Konfrantasi pada 20 Januari 1963 dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’. Tentera Indonesia dihantar menyusup sempadan Malaysia terutama di Sabah dan Sarawak serta Johor.

Cabaran getir yang dihadapi ini tidak mematahkan semangat pemimpin dan rakyat Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah untuk melihat satu negara bersatu. Walaupun perancangan sebenar pengisytiharan akan dibuat pada 31 Ogos 1963, majlis tersebut terpaksa ditangguhkan. Lawrance Michelmore selaku wakil Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) sekali lagi mengadakan tinjuan pandangan penduduk Borneo Utara dan Sarawak. Pada 14 September 1963, laporan telah dikeluarkan yang mengesahkan majoriti penduduk negeri tersebut menyokong penyertaaan dalam Persekutuan Tanah Melayu. Justeru, pada 16 September 1963, gagasan tersebut telah menjadi kenyataan dan lahirlah sebuah kesatuan yang dikenali sebagai Malaysia.

Pengisytiharan tersebut dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Upacara membaca deklarasi penubuhan Malaysia itu telah dilakukan di hadapan Yang Di Pertuan Agong, Raja-Raja Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, dan Sabah. Turut serta dalam upacara itu ialah tiga orang pemimpin dari tiga buah negeri yang baru di dalam Persekutuan Malaysia iaitu En. Lee Kuan Yew, En. Donald Stephens dan En. Stephen Kalong Ningkan. Bagaimanapun, penyertaan Singapura hanya mampu bertahan selama dua tahun apabila terpaksa berpisah pada 1965.


1 MALAYSIA



1 MALAYSIA

“1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia.” - Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Hj Abd Razak - Perdana Menteri Malaysia

KONSEP 1 MALAYSIA
1Malaysia adalah satu gagasan bagi memupuk perpaduan di kalangan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, berteraskan beberapa nilai-nilai penting yang seharusnya menjadi amalan setiap rakyat Malaysia. Ia bukan satu dasar baru yang terpisah dari dasar-dasar kerajaan Barisan Nasional sebelum ini, sebaliknya ia merupakan pelengkap kepada pendekatan-pendekatan yang sedia ada untuk mengukuhkan lagi perpaduan bagi menjamin kestabilan, ke arah mencapai kemajuan dan pembangunan yang lebih tinggi bagi rakyat dan negara Malaysia.

Dalam erti kata lain 1Malaysia digagaskan sebagai satu formula yang akan membantu memastikan aspirasi negara, iaitu Wawasan 2020 tercapai jika ia diterapkan ke dalam sanubari rakyat dan diamalkan oleh setiap lapisan masyarakat.



ASAS-ASAS 1MALAYSIA

Perpaduan adalah pra-syarat dalam usaha merealisasikan aspirasi negara iaitu mencapai status Negara Maju menjelang tahun 2020.

• 1Malaysia adalah penerusan agenda membina negara

Perpaduan sememangnya telah membentuk teras utama dalam hala tuju negara menuju kecemerlangan bermula sejak kemerdekaan dicapai. 1Malaysia bertujuan menyemarakkan semula semangat perpaduan dan persaudaraan di kalangan rakyat Malaysia.

Untuk mencapai kemajuan bagi negara, rakyat perlu dimajukan terlebih dahulu, dan ini dimulakan dengan membentuk sikap penerimaan antara kaum, yang membawa kepada perpaduan yang utuh. Apabila perpaduan dicapai, maka urusan pembangunan negara akan berjalan dengan lebih lancar.


sumber : www.1malaysia.com.my

Tuesday, September 15, 2009

....KeJaYaan...

MEMORI SILAM

Aku masih ingat lagi kenangan 10 tahun yang lalu.Biarpun sudah lama berlalu,namun ia masih tetap segar dalam ingatanku.Aku masih ingat lagi,bagaimana ibu bapaku terpaksa membanting tulang 4 kerat dibawah sinaran terik matahari untuk mencari sesuap nasi bagi membesarkan kami sekeluarga.Biarpun yang kerja yang dilakukan oleh ayah tidak setimpal dengan ganjaran yang di terimanya,namun ayah tidak pernah merungut dihadapan kami bagi mengelakkan daripada kami susah hati dan menganggu pelajaran kami 3 beradik.Biarpun ayah tidak pernah menyuarakan keperitan hidup yang dilaluinya,namun akan sebagai anak sulung turut merasainya.Denagn itu,aku bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh ke menara gading bagi membalas setiap keringat ayah yang jatuh kebumi sewaktu membajak sawah.

Aku masih ingat lagi kata-kata keramat ayahku.”Qistina,kau belajarlah bersungguh-sungguh agar hidup kau tidak susah di kemudian hari.hanya dengan ilmu pengetahuan saja yang dapat mengubah hidup kita sekeluarga dan kau tidak perlu lagi bersusah payah kesawah seperti ayah”.

Aku berpegang kepada kata-kata ayah itu untuk terus berusaha mencapai kejayaan dan seterusnya cuba mengubah nasib keluargaku.Oleh itu,setiap peluang yang ada pastiku penuhinya dengan mengulang kaji pelajaran.Lebih-lebih lagi memikirkan pada penghujung tahun ini,satu peperiksaan yang besar iaitu peperiksaan STPM akan kutempuhi.Disekolah aku di kenali sebagai ulat buku di kalangan rakan-rakan lain. Namun begitu tidak sedikit pun aku berkecil hati malah aku menjadikannya sebagai perangsang untuk terus memburu kejayaan.

“kring….kring…bunyi loceng kedengaran.Ini menandakan semua pelajar boleh keluar rehat.”Qistina jom kita pergi makan.Jangan asyik mengadap buku je,”Kata Adrina sahabat baikku.

“Kau ajelah yang pergi.aku nak habiskan kerja sekolah ini dulu,”Kataku.Adrina hanya mengelengkan kepalanya.Dia sudah masakbenar denagn sikapku yang lebih mengutamakan pelajaran daripada segala-galanya.

Kini ,hanya tinggal beberapa jhari sahaj lagi peperiksaan STPM akan bermula,Semua pelajar tingkatan 6 begitu sibuk mengulangkaji pelajaran,Begitu juga denganku.Biarpun hatiku sanat takut untuk berhadapan dengan soalan-soalan peperiksaan,namun begitu akau bertekad untuk menghadapinya dengan seribu harapan.Tambahan pula,ayah sering memberikan kata-kata perangsang kepadaku.”Qistina,hari peperiksaan kau semakin hampir.Ayah harap kau bualah yang terbaik untuk masa depan kau dan keluarga kita”.”Qistina ayah faham.Qistina akan lakukan yang terbaik,”Kataku.Ayah tersenyum mendengar jawapan yang ku berikan itu.

Selepas hari berganti hari,kini tibalah hari pertama untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan.Pada pagi itu,selepas bersolat subuh,aku terus mencapai nota-nota ringkas dan menelitinya satu persatu sebagai persiapan terakhirku sebelum melangkah masuk kedewan peperiksaan.Ketika aku asyik menyemak nota-nota ringkas,kedengaran suara emak memanggil aku.

“Qistina,mari turun makan dulu,nanti terlewat pula”.

“Yalah emak…..Qistina datang ni,”Balasku.

Aku segera keluar dari bilik dan terus menuju ke dapur.Kelihatan ayah dan emak sedang menunggu ku untuk makan bersama.

“Kau sudah bawa semua alat tulis untuk peperiksaan?”Tiba-tiba ayahku bertanya.”Sudah ayah”.”Dari semalam sudah saya siapkan,”jawabku dengan nada suara yang agak perlahan.

“Kenapa ni Qistina?,”Tanya emak pula,”Saya sihat mak Cuma gementar sedikit,”

“Kau mesti yakin dengan diri kau.Ayah yakin kau pasti boleh melakukannya”,Kata ayah untuk memberi perangsang kepadaku.

“terima kasih mak,ayah kerana memberikan semangat kepada Qistina,ujarku.

Setiba aku di sekolah rakan-rakanku sedang membelek-belek buku sebagia rujukan terakhir.Akhirnya,masa yang di tunggu sudah tiba.Selepas kertas soalan diedarkan,aku menjawabnya,dengan berhati-hati.Selepas satu kertas demi kertas yang telah ku jawab,akhirnya tibalah hari terakhir peperiksaan.”Merdeka…merdeka…,”kedengaran suara pelajar lelaki dari belakangku menjerit keriangan.Aku hanya tersenyum dan berasa amat gembira semua soalan dapat aku jawab dengan baik.

Pada satu hari,aku menyatakan hasratku untuk mencari kerja di Bandar.Aku kasihankan ayah yang sudah uzur dan sepatutnya tinggal di dalam rumah,tetapi terpaksa berhempas pulas mencari rezeki.Hasratku untuk kebandar ditentang keras oleh ayah.

“Ayah tak setuju langgsung jika kamu hendak bekerja.Lagipun ayah masih kuat dan masih mampu untuk bekerja.”Awak duduklah dirumah,sambil itu tolong tengok-tengokkan pelajaran adik kau itu,”Tegas ayah.”Tapi ayah jika saya dapat kerja dapatlah meringankan beban ayah itu.Nak harapakan wang hasil daripada sawah itu manalah cukup,”Aku membalas.”Ayah bukannya apa,Cuma takut jika kau dapat duit nanti,akau dan tak suka untuk belajar lagi.Tengok anak Pak Rahmat jiran kita itu,anaknya bukan main pandai lagi,Dapat keputusan STPM pun bagus,tetapi tak mahu belajar lagi kononya kerja sekarang sudah bagus”Balas ayahku.

Akhirnya aku meneruti kehendak ayah.Setiap hari aku membantu emak di rumah sambil itu akau membantu adik-adikku sekiranya mereka ada masalah dalam pelajaran.Walupun setiap hari kami makan nasi berlaukkan ikan kering dan sayur kangkung goreng,namun tiada siapa yang merungut.

pada satu petang,semasa aku menyapu halaman rumahku,Adrina memberitahuku bahawa keputusan STPM akan dikeluarkan esok.Setelah mendengar berita tersebut,aku tidak dapat lena pada malam itu.Aku takut sekiranya keputusanku mengecewakan,lebih-lebih lagi ayah terlalu manaruh harapan yang tinngi kepadaku.

“Ya allah,kau kuatkanlah semangatku dan kurniakan keputusan yang baik kepadaku,kerana hanya itu sahaja,yang aku mampu kuberikan sebagai balasan atas segala pengorbanan yang telah ayah lakukan.Semoga harapan ayah untuk melihat aku menjejak kaki ke menara gading akan tercapai.Amin..”Doaku pada malam itu.

Keesokkan paginya aku pergi kesekolah dengan perasan yang agak gementar.”Tahniah Qistina kamu dapat 4A1,guru kelasku menegur sambil tersenyum gembira.Pada ketika itu,akau berasa seperti bermimpi.Semua rakan-rakan datang mengucapakn tahniah atas kejayaanku.

Sesampai aku di rumah aku lihat ramai orang berada di halaman rumahku.”Ehh,takkan ayah nak buat kenduri kerana kejayaaku ini.Lagipun ayah masih belum melihat keputusanku ini,”Bisik hatiku sambil meneka.Aku terus mendapatkan emak yang sedang menangis.”Emak ,kenapa emak??”tanyaku kehairanan.”Ayah….,ayah….kau dah tak ada.”Jawab emak sambil memelukku erat.Seluruh badanku terrasa lemah.Slip keputusan peperiksaan STPM yang inginku tunjukkan kepada ayah,terlepas daripada tanganku.Aku mengerti apa yang berlaku dan aku turut menangis.

Kini kenangan bersama ayah terpahat dalam ingatanku untuk selama-lamanya.Ayah pergi jauh dan yang tidak pasti akan kembali lagi.Aku redha biarpun ayah tidak dapat menikmati kejayaan bersama-sama.Selepas beberapa bulan,aku diterima masuk ke salah satu pusat pengajian tinggi dengan mengikuti kursus perubatan pada mulanya aku tidak berminat untuk meneruskan pelajaranku kerana kesempitan hidup yang terpaksa kami sekeluarga lalui setelah ketiadaan ayah.

Tetapi mengingatkan kata-kata ayah dan harapan ayah untuk melihat aku berjaya,akhirnya aku kuatkan semangat meneruskan pelajaranku.Pada siang hari aku pergi ke kuliah,pada malamnya pula aku pergi bekerja untuk mencari wang bagi meringankan beban ibu di kampung.Aku bernasib baik berjaya menerima ijazah kedoktoran.

Sekarang aku bergelar doctor Qistina dan telah membuka klinik sendiri.Hidupku dengan keluarga telah berubah menjadi senang.Sekarang barulah aku tahu bahawa benarlah kata-kata ayah bahawa dengan ilmu dan kerajinan sahaja kita dapat mengubah nasib kita.”Terima kasih ayah”.

Puteri..................