SELAMAT DATANG KE BLOG KAUNSELING

SEMOGA KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI AKAN DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA ANDA SEMUA

KenALi SaYa KauNsELor AnDa

My photo
Sebagai seorang guru kaunseling...aku tidak terlepas dari tanggungjawab mendidik dan membantu anak-anak didikku menyelesaikan masalah mereka...biarpun ramai tapi sememangnya semua itu adalah cabaran dan dugaan...yang harus ku tempuhi dengan segala kekuatan sama ada dalaman dan luaran. Kini aku telah melalui banyak halangan dan cabaran dalam hidup ini ..pahit duka telah ku tempuh biarpun sepahit hempedu...sememangnya itulah hakikat yang harus dihadapi oleh makhluk ciptaan tuhan yang bernama manusia. ilmu kaunseling banyak mengajarku erti kehidupan...mengajarku cara terbaik menangani masalah yang berat ...mengajarku cara menghilangkan segala tekanan…mengajarku tentang kehidupan ini...mengajarku erti segalanya...mengajarku juga erti persahabatan sejati…siapa teman siapa lawan…dalam perjuanganku ini ada ketika-ketikanya aku menghadapi saat-saat getir namun demi anak-anak didikku yang dahagakan sumbanganku, segalanya sanggup kukorbankan...untukmu wahai puteri puteraku tersayang...anda semua adalah harapan bangsa masa depan...usah dipersiakan usia mudamu...

Search This Blog

Friday, September 11, 2009

Thursday, September 10, 2009

JEMPUTAN BAGI MENGIKUTI KELAS MASTER OF SCIENCE (COUNSELING) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SEMUA RAKAN-RAKAN KAUNSELOR YANG BERMINAT UNTUK MENGIKUTI PROGRAM MASTER OF SCIENCE (COUNSELING) UNIVERSITI UTARA MALAYSIA DIBAWAH GROUP BAGAN SERAI BOLEH HUBUNGI SAYA DI 0174607647 ATAU 0134201623 (AZAH) UNTUK KETERANGAN LANJUT. KELAS DIJANGKA BERMULA PADA FEBRUARI 2010.

Wednesday, September 9, 2009

MADAH HARI INI


Ciptaan Tuhan

Mereka mengagumi cantiknya si bunga.....

Mereka mengagumi indahnya suasana bait lagu atau merdunya suara penyanyi.......

Tetapi mengapa mereka tidak memikirkan kecantikan Yang Maha Mencipta bunga, keindahan ayat-ayat Al-Quran,kemerduan suara yang berkicauan dan suara angin deru yang mendamaikan.......

Paling tidak, mengapa manusia jarang sekali yang tunduk berserah diri untuk bersyukur...........

Sesungguhnya Maha Benarlah Allah bila Dia menfirmankan manusia itu zalim dan amat bodoh.............

Al-Ahzab 33:72

MUTIARA KECEMERLANGAN

Permohonan Kemasukan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010

Permohonan Kemasukan Ke Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia Sesi 2010/ 2011 bagi pelajar Tingkatan 5 Tahun 2009 sudah mula dibuka mulai 1 Julai 2009 hingga 10 Oktober 2009.

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :

1. Jurusan Sains (M001)
2. Jurusan Perakaunan (M003)
3. Aliran Teknikal (M007)

KELAYAKAN MEMOHON

1. Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia atau pelajar bukan bumiputera warganegara Malaysia dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada 1 Januari 2010.
2. Borang permohonan dihantar sebelum atau pada 10 Oktober 2009.
3. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2009.
* Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
* Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
* Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.


UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA LAYARI LAMAN WEB MATRIKULASI KPM
http://apps.emoe.gov.my/permohonan_matrikulasi/index.cfm

Sunday, September 6, 2009

WARKAH UNTUK HAWA

Hawa……. Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar Islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walaupun secebis oleh kaum Adam, tiada nilai di mata Adam, kita hanyalah sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu semata-mata. Tetapi kini selepas rahmat Islam menyelubungi alam,bila sinar Islam berkembang, darjat kita diangkat,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan dipandang mulia, dan mendapat tempat disisi Allah sehingga tiada sebaik hiasan dunia melainkan wanita solehah...
Wahai Hawa... Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman cara Islam itu?? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandunganNya, kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya,dan kenapa masih tak mahu menutup aurat wahai Hawa??!
Hawa... Tangan yang mengayun buaian bisa menggoncang dunia, sedarkah Hawa kau bisa menggoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni anak yang soleh solehah, kau bisa menggegar dunia dengan menjadi isteri yang taat kepada suami yang sejati. Tetapi Hawa, jangan sesekali kau cuba menggoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, ayu wajahmu, dan lenggok tubuhmu,jangan kau menghentak-hentakkan kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan........ jangan sesekali menarik perhatian kaum Adam yang bukan suamimu....
Hawa...... Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibu bapamu. Andai engkau belum berkahwin jangan engkau risau akan jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang beik hanyalah untuk lelaki yang baik.Jangan menggadaikan maruahmu hanya kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkansusuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian atau bertujuan memikat seseorang lelaki kerana engkau bukan memancing hatinya tetapi merangsang nafsunya. Hawa....... Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemahuannya menggoncang iman mereka. Tetapi Hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya. Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk menggodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan antara lelaki dan wanita iaitu sebuah perkahwinan...
Hawa.......
Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang mencintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan memperolehi keredhaan Allah.... Cintailah keluargamu kerana kau tidak akan jumpa cinta yang bahagia selain cinta daripada keluargamu....
Hawa....
Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengayun buaian ini bisa menggoncang dunia dalam mencapai keredhaan Allah. Janganlah sesekali tangan yang menggoncang dunia ini juga yang menggoncang iman lelaki, kerana aku sukar menerimanya dan benci setiap kali mendengarnya.....!!!


“cinta yang sejati hanya cintakan ilahi,
cinta ayah bonda tulus suci selamanya,
cintakan saudara mara berada hanya sementara,
cinta sesama insan suburkan dengan ketaqwaan..”