SELAMAT DATANG KE BLOG KAUNSELING

SEMOGA KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI AKAN DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA ANDA SEMUA

KenALi SaYa KauNsELor AnDa

My photo
Sebagai seorang guru kaunseling...aku tidak terlepas dari tanggungjawab mendidik dan membantu anak-anak didikku menyelesaikan masalah mereka...biarpun ramai tapi sememangnya semua itu adalah cabaran dan dugaan...yang harus ku tempuhi dengan segala kekuatan sama ada dalaman dan luaran. Kini aku telah melalui banyak halangan dan cabaran dalam hidup ini ..pahit duka telah ku tempuh biarpun sepahit hempedu...sememangnya itulah hakikat yang harus dihadapi oleh makhluk ciptaan tuhan yang bernama manusia. ilmu kaunseling banyak mengajarku erti kehidupan...mengajarku cara terbaik menangani masalah yang berat ...mengajarku cara menghilangkan segala tekanan…mengajarku tentang kehidupan ini...mengajarku erti segalanya...mengajarku juga erti persahabatan sejati…siapa teman siapa lawan…dalam perjuanganku ini ada ketika-ketikanya aku menghadapi saat-saat getir namun demi anak-anak didikku yang dahagakan sumbanganku, segalanya sanggup kukorbankan...untukmu wahai puteri puteraku tersayang...anda semua adalah harapan bangsa masa depan...usah dipersiakan usia mudamu...

Search This Blog

Tuesday, February 16, 2010

SENTUHAN KALBU KAUNSELOR ANDA...

Sepanjang 7 tahun perkhidmatan saya di sini, sesungguhnya saya merasakan bahawa seluruh kehidupan banyak dihabiskan di sini...untuk meninggalkannya saya merasakan pilu di hati...Banyak pengalaman yang telah dilalui...asam garam dan karenah anak didik saya yang berkesan menjadikan saya seorang guru kaunseling yang begitu tabah menghadapi apa juga rintangan dan cabaran...Terima kasih anak-anak SMK Selama yang menjadikan saya seorang guru kaunseling yang berjiwa kental...

PELUANG KEMASUKAN KE MATRIKULASI

peluang kemasukan ke matrikulasi, kpm (fast track) utk ijazah


Sunday, January 3, 2010 at 1:08pm

Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menawarkan dua jurusan dan satu aliran iaitu :
1. Jurusan Sains (M001)
2. Jurusan Perakaunan (M003)
3. Aliran Teknikal (M007)
KELAYAKAN MEMOHON
1. Pemohon mestilah pelajar bumiputera warganegara Malaysia atau pelajar bukan bumiputera warganegara Malaysia dari sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan yang berumur tidak melebihi 20 tahun pada tahun semasa.
2. Borang permohonan dihantar sebelum atau pada 10 Oktober
3. Pelajar juga perlu mendaftar dan mengambil mata pelajaran berikut dalam Peperiksaan SPM tahun 2009.
o Bagi mengikuti Jurusan Sains (M001)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia dan Fizik atau Biologi.
o Bagi mengikuti Jurusan Perakaunan (M003)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan dan mana – mana dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Pengajian Keusahawanan, Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi dan Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan / Lukisan Kejuruteraan).
o Bagi mengikuti Aliran Teknikal (M007)
Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Matematik Tambahan, Kimia, Fizik, Lukisan Kejuruteraan dan mana-mana satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik / Teknologi Kejuruteraan.
KELAYAKAN MINIMUM AKADEMIK
Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi ialah seperti berikut :
1. Jurusan Sains (M001)
• C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
• B Matematik
• C Salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi

2. Jurusan Perakaunan (M003)
• C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
• E Matematik Tambahan
• C Dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan - 1 sahaja )
3. Aliran Teknikal (M007)
• C Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan, Fizik
• B Matematik
• E Kimia
C Satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam(PKA) / Pengajian
Kejuruteraan Mekanikal (PKM)/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (PKE) atau
Teknologi Kejuruteraan (TK)

Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, biasanya pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan (Cuba search “mata merit matrikulasi”). Sila baca komen-komen yang terdapat di kategori Matrikulasi untuk lebih memahaminya.
PERMOHONAN
Bahagian Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia menyediakan dua cara permohonan iaitu :
1. Permohonan Secara Manual (PSM)
2. Permohonan Melalui Internet (PMI)
Tarikh permohonan 1 Julai hingga 10 Oktober setiap tahun untuk SPM semasa.
SEMAKAN PERMOHONAN
Pelajar boleh membuat semakan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan Februari 2010 untuk membuat pembetulan maklumat yang dibenarkan sekiranya perlu.
SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN
Pelajar boleh membuat semakan keputusan permohonan dengan melayari laman web Kementerian Pelajaran Malaysia pada awal atau pertengahan bulan April tahun semasa untuk mengetahui status permohonan.


SURAT TAWARAN DAN PENDAFTARAN
Surat tawaran akan dikeluarkan oleh Bahagian Matrikulasi kepada calon yang berjaya dan para pelajar akan mendaftar di kolej-kolej matrikulasi pada bulan Mei tahun semasa . Pelajar boleh mendapat keterangan lanjut dengan menghubungi kolej yang ditetapkan.
RAYUAN
Bagi pemohon yang tidak berjaya boleh membuat rayuan yang dibuka selama dua minggu bermula dari tarikh pengumuman keputusan permohonan pada pertengahan April tahun semasa. Pemohon yang tidak berjaya berkemungkinan ditawarkan untuk memasuki Program Matrikulasi Dua Tahun (PDT).
MATA PELAJARAN
Semua pelajar matrikulasi diwajibkan mengikuti semua mata pelajaran teras, wajib dan kokurikulum yang disediakan. Walaupun begitu hanya mata pelajaran teras diambil untuk pengiraan Sistem Purata Nilai Gred Semester (PNGS) dan Sistem Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK).
Mata Pelajaran Teras
1. Jurusan Sains
o Sains Hayat – Biologi, Kimia dan Matematik
o Sains Fizikal – Fizik, Kimia dan Matematik
2. Jurusan Perakaunan
Perakaunan, Ekonomi, Matematik dan Pengurusan Perniagaan
3. Aliran Teknikal
Matematik, Asas Kejuruteraan, Sains Kejuruteraan, Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Eletronik.
Mata Pelajaran Wajib (Semua jurusan dan aliran)
• Sains Informatik, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam / Moral dan Dinamika Kemahiran.
Kokurikulum (Semua jurusan dan aliran)
• Sukan dan Permainan, Kelab dan Persatuan, Kawad.
PERTANYAAN
atau sila rujuk portal http://www.moe.gov.my/bmkpm/

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SELAMA
DAN
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA
KEPADA
PELAJAR-PELAJAR BERBANGSA CINA

DI SELURUH NEGARA

12 KEMAHIRAN BELAJAR

12 KEMAHIRAN BELAJAR
panduan persiapan menghadapi peperiksaan

1. Pelajar Dan Pemelajaran Pelajar perlulah mengetahui apakah tujuan mereka belajar iaitu sama ada untuk mendapatkan ilmu dan kecemerlangan ataupun belajar kerana mengikut rakan-rakan sahaja.Dengan ini para pelajar akan sedar tentang tanggungjawab mereka sebagai pelajar.


2. Pengurusan Diri Para pelajar mestilah boleh menguruskan diri sendiri serta menyesuaikan diri dengan persekitaran persekolahan dan pembelajaran yang stabil. Pelajar perlu menjadikan sekolah sebagai tempat yang menyeronokkan untuk menuntut ilmu.


3. Mengurus Masa /
mengingat Pelajar mesti berupaya menjadualkan masa untuk belajar, beriadah, bergiat dalam kegiatan ko-kurikulum, menonton televisyen dan sebagainya. Pelajar juga mestilah berkebolehan mengingati sesuatu dalam jangka masa yang lebih panjang.


4. Kemahiran Merancang Kemahiran merancang semua aspek hidup amat penting, misalnya pelajar mestilah tahu apa yang telah dan akan dilakukan. Oleh itu, pelajar mestilah mempunyai arah dan tujuan yang positif.


5. Kemahiran Berfikir Untuk menjadi pelajar yang berjaya, pelajar mesti berfikiran secara kritis dan positif. Kemahiran berfikir ini harus dipelajari dan dipraktikkan.


6. Kemahiran Belajar Belajar bukanlah sesuatu yang mudah tetapi bukanlah sesuatu yang sukar. Untuk menjadikan belajar itu mudah, para pelajar mestilah menguasai kemahiran belajar yang sistematik.

7. Kemahiran Membaca Boleh dikatakan semua pelajar boleh membaca tetapi tidak ramai yang boleh membaca dengan pantas, dan dalam masa yang sama dapat memahami dan mengingati apa yang dibaca.Oleh itu, para pelajar mestilah menguasai kemahiran membaca dengan sebaik mungkin.

8. Kemahiran Membuat Nota Terdapat pelbagai cara dan kaedah membuat nota, tetapi yang penting, nota yang anda buat mestilah memudahkan anda memahaminya. Jika kita hanya membaca atau menyelidik tanpa mencatatnya di dalam buku nota, kesannya tidak akan sampai ke mana dan tidak bertahan lama.

9. Kemahiran Menyelidik Bagi memahami dan mendalami ilmu pengetahuan, setiap pelajar mesti mahir merujuk dan menyelidik sama ada daripada buku- buku, akhbar, majalah, membuat temu ramah, dan sebagainya.

10. Kemahiran Menyampaikan Setelah anda membaca, berfikir, belajar dan membuat nota, seharusnya anda mahir pula menyampaikan kembali apa yang anda fahami dengan berkesan sama ada dalam bentuk tulisan mahupun lisan.

11. Teknik Peperiksaan Setiap pelajar akan dinilai melalui peperiksaan. Oleh itu, pelajar mesti berkebolehan menguasai teknik-teknik peperiksaan seperti keupayaan menganalisis soalan, mengetahui takrif soalan dan menjawab soalan.

12. Kemahiran Menilai Pelajar mesti berupaya menilai kelemahan dan kekuatan diri sendiri di samping sentiasa berusaha memperbaiki segala kelemahan diri. Jangan sesekali menyalahkan orang lain jika kita gagal. Adalah lebih baik kita melihat kelemahan-kelemahan diri dan seterusnya bertekad untuk berjaya.