Search This Blog
Wednesday, September 2, 2009
PESANAN HARI INI
MAKSUD KERJA BERTANGGUH - KERJA YANG TIDAK DISIAPKAN DALAM MASA YANG TELAH DITETAPKAN.
MAKSUD TIDAK MENJADI - PERKARA YANG DIHARAPKAN TIDAK BERLAKU.
CONTOH-CONTOH PERLAKUAN KERJA BERTANGGUH:
1. KERJA SEKOLAH Dalam konteks sebagai pelajar.
2. KERJA RUMAH
3. PEMBINAAN BANGUNAN – Kontraktor
Kesan:
1. Pelajaran – Sekiranya seseorang pelajar menangguh ulangkaji pelajaran dan menunggu sehingga ke saat-saat akhir, tidak dapat menjawap soalan dengan baik.
2. Pelajaran - Jika seseorang pelajar tidak menyiapkan kerja sekolah dengan segera, leka bermain, dimarahi guru atau dipukul.
3. Pelajaran – Tidak menyiapkan kerja hari ini, esok lebih banyak, bagaimana sebulan, setahun?
4. Sosial - Persahabatan – orang tidak mahu berkawan dengan orang yang malas. Hilang kawan.
5. Ekonomi - sekiranya seseorang kontraktor mendapat projek yang besar-besar tetapi tidak menyiapkannya dalam masa yang ditetapkan maka beliau tidak akan dapat projek lain.
6. Masyarakat - Rukun tetangga, jika tidak ada orang yang berkawal pada waktu tersebut, maka perompak/penyamun akan bermaharajalela.
Cara Menangani/Mengelak Kerja Bertangguh.
1. Disiplin Diri.
2. Memberi priority kepada tugasan.
3. Lawan Perasaan ingin menangguh kerja.
4. Dapat tugasan siapkan dengan kadar segera.
5. Meletakkan tugasan dalam ranking teratas.
6. Anggap tugasan suatu perkara penting.
Semoga segala pekerjaan kita mendapat keredhaan dan limpahan rahmatNya.
Insyaallah.
PUISI MINGGU INI
Wahai remaja
Harapan bangsa
Masanya kini telahpun tiba
Kita semua bangun
Bangunlah..........
Kembalil ke dunia nyata
Demi agama, nusa dan bangsa
Sedarlah....
Dari mimpi yang merantai jiwa
Sedarlah dari kesilapanmu yang membunuh diri
Biarpun dari mana asalmu
Dari ladang estet luas menghijau
Dari sawah bendang berselut lumpur
Dari pekan kecil serba molek
Dari bandar yang sedang membangun
Dari kota raya yang serba gagah
Kau terlalu leka dengan permainan dunia
Terlalu mengejar kenikmatan duniawi
Selama ini kita dialun dan dibuai suara-suara manja
Merdu dan mengasyikkan
Dan kini.........
Remaja sudah terancam
Di lorong-lorong gelap mereka melangkah
Di celah-celah timbunan sampah bergelimpangan
Remaja terkorban kerananya
Lama-kelamaan
Remaja yang kini semakin hancur parah
Merempat dijalanan
Nodaan dadah semakin memburu
Remaja semakin hanyut
Dibelai perasaan khayal
Inikah anak bangsaku?
Kecewalah hati pemimpin negara
Dukalara jiwa ayah bonda
Siapakah yang harus dipersalahkan?
Katakanlah wahai remaja
Apakah kita masih mahu mendengar
Apakah kita akan terus membiarkan
Mereka merintih meratap
Remaja kini semakin rebah
Tiada ketahanan diri
Mereka terlalu mengikut darah muda
Tidak berkemampuan lagi
Mereka semakin lemah
Longlai tidak bermaya
Semua ini salah siapa?
Kini remaja menangis sesal
Mengenang kesilapan lalu
Terpancar raut wajah ayah..... ibu….
Terkenang sendu dan tangis mereka
Si ibu meratap hiba
Si ayah tenat mengurut dada
Menahan sengsara
Namun saat ini ia terlantar
Kaku tanpa khudrat
Mereka tidak mampu melawannya
Lagi..................
Ingatlah....
Renunglah...
Kini HIV mengganas pula
Hidup kita tidak lagi bermakna
Pergi bersama dadah durjana
Rebahlah harapan bangsa
Hilanglah pejuang negara
Menitislah air mata
Si ibu tua yang tidak berdaya
Pergi buat selamanya...
Apakah punca derita melanda?
Marilah kita bersama
Mengatur gerak langkah membina
Membenteras dadah durjana
Sementara pintu taubat masih terbuka
Doa ayah ibu mengiringi sentiasa
Dadah itu membawa binasa
Musuh utama negara
Bersama doa dan harapan
Bersama percayakan kebenaran
Dadah durjana kita hindarkan
Hidup bahagia kita kekalkan
Sejahtera selamanya.......................
YANG JAUH KITA DEKATKAN...
Rakan-rakan Kursus Dalam Perkhidmatan 14 Minggu 2002, Institut Perguruan Darul Aman, Jitra, Kedah Darul Aman...Yang masih mengingati sila hubungi...Kumerindui kalian...
PENGURUSAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING DI SEKOLAH
Sejarah perkhidmatan kaunseling yang bermula dengan perkhidmatan bimbiangan yang diasaskan di Boston, Amerika Syarikat pada tahun 1900 (William Patrik, 1983). Di Negara kita, perkhidmatan kaunseling mula diwujudkan pada tahun 1963 dengan nama perkhidmatan panduan (Guidance ). Kemudian pada tahun 1968 dikenali sebagai panduan pelajaran dan kerjaya. Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling mula diguna pakai sejak tahun 1980 sehinggalah sekarang. Sebenarnya keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah-sekolah semakin meningkat dari semasa ke semasa. Perkembangan ini adalah kesan dari kepesatan pembangunan negara terutama kepesatan industri dan berlakunya urbanisasi yang lebih kompleks. Kini hampir setiap sekolah dan institusi pengajian tinggi mempunyai perkhidmatan bimbiangan dan kaunseling yang bertujuan membantu meningkatkan prestasi dalam aspek pembelajaran. Bagaimanapun, hakikatnya masih ramai golongan masyarakat yang belum memahami perkhidmatan kaunseling.
Pengertian Kaunseling
Pada umumnya kaunseling dilihat sebagai nasihat, namun istilah ini terlalu luas dan bukan bersifat professional. Malah dalam Islam ada disebutkan bahawa agama Islam itu eniri sebagai nasihat “addinu nasihah”. Perkataan nasihat dalam konteks ini bermaksud memberi nasihat “advice” adalah tidak sesuai digunakan bagi pengertian kaunseling. Perlu difahami sesi kaunseling bukan memberi nasihat kepada klien, tetapi sekiranya nasihat ini digunakan sebagai salah satu teknik dalam kaunseling mungkin boleh diterima. Dalam definisi yang dikemukakan tiada seorang pun tokoh-tokoh dan polopor kaunseling barat yang menyatakan kaunseling adalah nasihat. Seperti mana definisi yang diberikan dibawah;
Kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu itu memahami diri dan situasinya. Proses ini mengakibatkan pembentukan atau penjelasan matlamat dan nilai hidup individu itu hingga dia dapat menentukan tindakan yang wajar untuk masa depannya.
Shertzer dan Stone (19678)
Kaunseling sebagai proses apabila seorang klien diberi peluang untuk meneroka aspek diri dan kehidupan yang menimbulkan klesusahan dan masalah baginya. Penerokaan ini menimbulkan kesedaran tentang diri dan situasinya serta pilihan-pilihan yang ada padanya. Proses ini diharap akan dapat menolong klien itu mengesan halangan-halangan dan mengenalpasti bakat atau kebolehannya untuk hidup dengan lebih berkesan.
Corey (1996)
…. Proses memberi pertolongan secara sistematik berasaskan kepada ilmu psikologi mengenai manusia, yang dijalankan oleh seorang pakar atau kaunselor professional, supaya klien lebih memahami dirinya dan lantas dapat membuat keputusan untuk menyelesaikan masalahnya dan menyesuaikan diri sepanjang hayatnya dengan baik.
PERKAMA (1994)
Kaunseling adalah suatu proses membantu secara yang bersistem berdasarkan pengetahuan psikologi mengenai manusia yang dijalankan oleh seorang pakar, supaya klien akan dapat memahami dirinya, potensinya, minatnya dan dapat membuat keputusan-keputusan berpandukan syariat Allah. S.W. T untuk menyelesaikan masalah yang dihdapinya ke arah mendapatkan keredhaan Allah dan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat.
Prinsip-Prinsip Kaunseling
1. Manusia mempunyai harga diri
2. Manusia itu unik.
3. Manusia yang memiliki personality yang bersepadu adalah manusia yang sihat.
4. Manusia cenderung ke arah kesempurnaan kendiri (self-actualization).
5. Matlamat kauneling harus berdasarkan keperluan klien bukan kaunselor.
Dalam Islam meletakkan prinsip bahawa keperluan agama itu merupakan keperluan naluriah dalam tabiat kejadian manusia. Ini yang menyebabkan keimanan kepada Allah S.W.T sebagai punca ketenteraman, kebaikan dan kebahagiaannya. Tanpanya manusia akan risau, rosak dan sangsara. Mengisi kekosongan rohani untuk menembahkan keimanan merupakan faktor penting bagi kejayaan proses kaunseling. Iman merupakan ubat yang paling mujarab bagi penyakit risau kerana ia menambahkan nilai bagi kehidupan dan menolong manusia menikmatinya.
Tujuan-Tujuan Kaunseling
1. Menolong merubah perlakuan klien.
2. Menambah kemahiran klien kendali kehidupan sendiri tidak bergantung kepada orang lain.
3. Membantu membuat keputusan disaat penting.
4. Memperbaiki perhubungan klien dengan ahli-ahli dalam masyarakatnya.
5. Membantu mengembangkan bakat.
Tujuan kaunseling adalah untuk mengembangkan kemahuan dan keinginan seseorang mencari manfaat dan meninggalkan yang mudarat menerusi penyuluhan dan usaha yang menyakinkan. Dalam ertikata lain menolong seseorang mencapai kemaslahatan dan menghindari kerosakan. Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud:
“Carilah hari akhirat pada pemberian yang diberikan Allah padamu, jangan kamu
melupakan bahagianmu di dunia. Berbuat baiklah, sebagaimana Allah berbuat baik
bagimu, dan jangan engkau mencari kerosakan di bumi, sebab Allah tidak suka
orang yang berbuat kerosakan.”
(Al-Qashash : 77 )
Secara ringkasnya tujuan kaunseling dinyatakan seperti berikut.
- memahami diri dan situasinya.
- Mengenalpasti keperluannya
- Menerima realiti hidup
- Membuat perancangan yang realistik untuk mengendalikan hidupnya
- Bertanggungjawab ke atas diri dan perbuatannya
- Menjadi individu yang berfungsi sepenuhnya.
Jenis-Jenis Kauneling
1. Kaunseling Individu
2. Kaunseling Kelompok
Kelompok Kaunseling
1. Menyelesaikan masalah/ berorientasikan tugas
2. Pertemuan/ kepekaan fokus komunikasi berkesan.
3. Terapi – isu lebih serius
4. Kaunseling Kerjaya
5. Latihan Jaya Diri
Etika Kaunseling
1. Masa
2. Menghormati klien
3. Perhubungan kaunselor – klien harus professional
4. Memaklumkan pihak tertentu sekiranya klien berpotensi membahayakan dirinya atau orang lain.
5. Maklumat sesi bukan untuk tatapan umum.
6. Identiti klien dipelihara.
7. Klien mesti diberitahu semasa atau sebelum menerima bantuan kaunseling.
8. Punyai hak berunding dengan kaunselor lain.
9. Jika kaunselor tidak mampu beri bantuan boleh rujuk pakar lain.
Sifat-Sifat Seorang Kaunselor
1. Penerimaan dan Kemeseraan (Acceptance and Warmth)
Menerima klien yang datang kepadanya tanpa syarat (tidak memilih) serta menerimanya dengan penuh kemesraan yang dibenarkan dalam konteks Islam. Boleh juga dikatakan menerima klien yang mendapatkan khidmat kaunseling seadanya.
2. Tidak menghukum (Non.judgementle)
Klien akan merasa tidak selesa apabila ia di ‘lebel’ dengan berbagai tanggapan sebelum dan selepas sesi kaunseling.
3. Ketulenan (Genuineness)
Layanan yang ditunjukkan dan pertolongan yang diberikan seharunya menjadi yang sebenarnya atau secara ikhlas dan bersungguh-sungguh. Penggunaan beberapa teknik seperti empati akan membantu mewujudkan ketulinan dalam proses kaunseling .
4. Ketepatan (Specificity)
Berilmu, minat, positif, kefahaman perkembangan diri, peribadi baik dll
Kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh kaunselor boleh diperolehi melalui latihan dan peningkatan ilmu. Berkeyakinan bahawa setiap individu mempunyai peluang untuk memperbaiki dirinya.
Teori-Teori Kaunseling dan Konsep Manusia
1. Psikoanalisa – Sigmund Freud
Pendekatan terawal, keadah personality, system falsafah dan psikoterapi. Manausia adalah organisme yang mementingkan diri sendiri, satu system tenaga dan matlamat akhirnya untuk mendapatkan keseronokan. Manusia dilahirkan untuk memenuhi naluri seks dan rangsangan.
2. Terapi Tingkahlaku – Wolp, Eysenck, Skinner. Dll.
Pendekatan ini menggunakan teori pembelajaran untuk menyelesaikan masalah tingkahlaku. Manusia diandaikan mempunyai potensi yang sama untuk bertingkah laku secara positif dan negative, ditentukan oleh persekitaran sosiobudayanya. Manusia diandaikan lemah tidak mempunyai keupayaan menguasai tingkahlakunya dan menjadi mangsa persekitaran.
3. Pemusatan Klien ( Person Client Centered – PCC ) - Carl Rogers.
Pendekatan tidak terarah, manusia adalah makhluk positif, rasional, realistic dan sentiasa bergerak maju. Manusia cenderung kea rah kesempurnaan kendiri, takut ancaman. Pertentangan ideal self dan real self.
4. Teori Terapi Rasional Emotif (Rational Emotive Behavior Therapy – REBT.
-Albert Ellis
Manusia dianggap mempunyai potensi untuk berfikiran waras dan bertindak rasional. Namun manusia juga berpotensi bertindak secara tidak rasional. Pendekatan kognitif , manusia adalah makhluk berakal dan menentukan segala tingkah laku dan tindak balasnya, bergantung kepada cara berfikir dan system kepercayaannya. Pendekatan ABCD E digunakan.
5. Pendekatan afektif – teori Gestalt – Federick Perls – perbincangan.
Kesimpulannya
Walaupun sebahagian daripada teknik-teknik dalam kaunseling bukanlah baru, namun terdapat penambahbaikan dan diperkemaskan secara sistematik dan saintifik. Berdasarkan kepada banyak kajian bahawa elemen-eleman kaunseling ternyata dapat membantu klien mengembangkan potensi dan mengenal dirinya serta untuk kesejahteraannya.







Apa yang anda boleh tafsirkan???