SELAMAT DATANG KE BLOG KAUNSELING

SEMOGA KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI AKAN DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA ANDA SEMUA

KenALi SaYa KauNsELor AnDa

My photo
Sebagai seorang guru kaunseling...aku tidak terlepas dari tanggungjawab mendidik dan membantu anak-anak didikku menyelesaikan masalah mereka...biarpun ramai tapi sememangnya semua itu adalah cabaran dan dugaan...yang harus ku tempuhi dengan segala kekuatan sama ada dalaman dan luaran. Kini aku telah melalui banyak halangan dan cabaran dalam hidup ini ..pahit duka telah ku tempuh biarpun sepahit hempedu...sememangnya itulah hakikat yang harus dihadapi oleh makhluk ciptaan tuhan yang bernama manusia. ilmu kaunseling banyak mengajarku erti kehidupan...mengajarku cara terbaik menangani masalah yang berat ...mengajarku cara menghilangkan segala tekanan…mengajarku tentang kehidupan ini...mengajarku erti segalanya...mengajarku juga erti persahabatan sejati…siapa teman siapa lawan…dalam perjuanganku ini ada ketika-ketikanya aku menghadapi saat-saat getir namun demi anak-anak didikku yang dahagakan sumbanganku, segalanya sanggup kukorbankan...untukmu wahai puteri puteraku tersayang...anda semua adalah harapan bangsa masa depan...usah dipersiakan usia mudamu...

Search This Blog

Monday, January 11, 2010

MAJLIS PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH SMKSS

Barisan Pengawas Lelaki SMK SS dalam Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Baru Sesi 2010
Sebahagian dari Barisan Pengawas Perempuan SMK SS Sesi 2010Ketua Pengawas SMK SS - Faridzul bin Fazir Tan - mengetuai Bacaan Ikrar dalam Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengawas Sekolah Sesi 2010

Sunday, January 10, 2010

PROGRAM ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 4/2010




Pelajar-pelajar sedang khusyuk mendengar celoteh kedua-dua orang kaunselor mereka.

Saturday, January 9, 2010

MADAH CINTA MINGGU INI

CINTA OH CINTA

Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta kepada Tuhan ertinya Takwa.

Lemparkan seorang yang bahagia dalam bercinta ke dalam laut, pasti ia akan membawa seekor ikan. Lemparkan pula seorang yang gagal dalam bercinta ke dalam gudang roti, pasti ia akan mati kelaparan.

Seandainya kamu dapat berbicara dalam semua bahasa manusia dan alam , tetapi tidak mempunyai perasaan cinta dan kasih, dirimu tak ubah seperti gong yang bergaung atau sekadar canang yang gemerincing.


PERKENAL GBK BARU SMKSS




Bersama Cik Nurulaida-GBK baru dan beberapa orang PRS SMKSS/2010

MINGGU ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 1

Tuan Pengetua sedang memberikan pesanan kepada pelajar-pelajar Tingkatan 1/2010.





Pelajar-pelajar Tingkatan 1 bersama pihak pentadbir sekolah semasa Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 1/2010

Wednesday, January 6, 2010

PUISI MINGGU INI

TIDAK PASTI

(Buat Wanita Yang Bernama AZAH)

Pemilik rumah

Telah pergi meninggalkan rumah

Pemilik cinta

Telah pergi meninggalkan cinta

Nyawaku telah dibawa pergi

Yang tinggal hanya patung

Yang tidak bernyawa

Aku malu dengan duka

Tetapi duka yang selalu aku alami

Tiada siapa yang tahu

Patung tidak bernyawa

Kerana nyawanya telah dibawa pergi

Satu pengorbanan

Untuk menyelamatkan dua hati

Sedangkan dewa tidak mengetahui

Terus angkuh di sebalik sifat kemanusiaan

Ibarat lilin membakar dirinya

Hanya kiamat yang datang

Pasti membawa aku pergi

Tidak mungkin wajah

Dilihat dalam air yang mengalir

Air sungai tidak akan tercemar

Walaupun ramai orang yang tidak menyelaminya

Mungkinkah ada dugaan

Yang belum aku lalui

Aku tidak keseorangan

Cinta dikau selalu bersama daku

Hanya orang bermaruah

Merasa dirinya dimaki

Restu dan kasih sayang

Yang menjadi azimat

Selamat tinggal kesengsaraan

HASIL NUKILAN - NKN

GH 2002-1.28 am

Thursday, December 31, 2009

MADAH CINTA MINGGU INI

(1)

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita.

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta...

(2)

Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

(3)

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.