SELAMAT DATANG KE BLOG KAUNSELING

SEMOGA KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI AKAN DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA ANDA SEMUA

KenALi SaYa KauNsELor AnDa

My photo
Sebagai seorang guru kaunseling...aku tidak terlepas dari tanggungjawab mendidik dan membantu anak-anak didikku menyelesaikan masalah mereka...biarpun ramai tapi sememangnya semua itu adalah cabaran dan dugaan...yang harus ku tempuhi dengan segala kekuatan sama ada dalaman dan luaran. Kini aku telah melalui banyak halangan dan cabaran dalam hidup ini ..pahit duka telah ku tempuh biarpun sepahit hempedu...sememangnya itulah hakikat yang harus dihadapi oleh makhluk ciptaan tuhan yang bernama manusia. ilmu kaunseling banyak mengajarku erti kehidupan...mengajarku cara terbaik menangani masalah yang berat ...mengajarku cara menghilangkan segala tekanan…mengajarku tentang kehidupan ini...mengajarku erti segalanya...mengajarku juga erti persahabatan sejati…siapa teman siapa lawan…dalam perjuanganku ini ada ketika-ketikanya aku menghadapi saat-saat getir namun demi anak-anak didikku yang dahagakan sumbanganku, segalanya sanggup kukorbankan...untukmu wahai puteri puteraku tersayang...anda semua adalah harapan bangsa masa depan...usah dipersiakan usia mudamu...

Search This Blog

Tuesday, February 16, 2010

SELAMAT BERCUTI KEPADA SEMUA PELAJAR-PELAJAR SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SELAMA
DAN
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA
KEPADA
PELAJAR-PELAJAR BERBANGSA CINA

DI SELURUH NEGARA

12 KEMAHIRAN BELAJAR

12 KEMAHIRAN BELAJAR
panduan persiapan menghadapi peperiksaan

1. Pelajar Dan Pemelajaran Pelajar perlulah mengetahui apakah tujuan mereka belajar iaitu sama ada untuk mendapatkan ilmu dan kecemerlangan ataupun belajar kerana mengikut rakan-rakan sahaja.Dengan ini para pelajar akan sedar tentang tanggungjawab mereka sebagai pelajar.


2. Pengurusan Diri Para pelajar mestilah boleh menguruskan diri sendiri serta menyesuaikan diri dengan persekitaran persekolahan dan pembelajaran yang stabil. Pelajar perlu menjadikan sekolah sebagai tempat yang menyeronokkan untuk menuntut ilmu.


3. Mengurus Masa /
mengingat Pelajar mesti berupaya menjadualkan masa untuk belajar, beriadah, bergiat dalam kegiatan ko-kurikulum, menonton televisyen dan sebagainya. Pelajar juga mestilah berkebolehan mengingati sesuatu dalam jangka masa yang lebih panjang.


4. Kemahiran Merancang Kemahiran merancang semua aspek hidup amat penting, misalnya pelajar mestilah tahu apa yang telah dan akan dilakukan. Oleh itu, pelajar mestilah mempunyai arah dan tujuan yang positif.


5. Kemahiran Berfikir Untuk menjadi pelajar yang berjaya, pelajar mesti berfikiran secara kritis dan positif. Kemahiran berfikir ini harus dipelajari dan dipraktikkan.


6. Kemahiran Belajar Belajar bukanlah sesuatu yang mudah tetapi bukanlah sesuatu yang sukar. Untuk menjadikan belajar itu mudah, para pelajar mestilah menguasai kemahiran belajar yang sistematik.

7. Kemahiran Membaca Boleh dikatakan semua pelajar boleh membaca tetapi tidak ramai yang boleh membaca dengan pantas, dan dalam masa yang sama dapat memahami dan mengingati apa yang dibaca.Oleh itu, para pelajar mestilah menguasai kemahiran membaca dengan sebaik mungkin.

8. Kemahiran Membuat Nota Terdapat pelbagai cara dan kaedah membuat nota, tetapi yang penting, nota yang anda buat mestilah memudahkan anda memahaminya. Jika kita hanya membaca atau menyelidik tanpa mencatatnya di dalam buku nota, kesannya tidak akan sampai ke mana dan tidak bertahan lama.

9. Kemahiran Menyelidik Bagi memahami dan mendalami ilmu pengetahuan, setiap pelajar mesti mahir merujuk dan menyelidik sama ada daripada buku- buku, akhbar, majalah, membuat temu ramah, dan sebagainya.

10. Kemahiran Menyampaikan Setelah anda membaca, berfikir, belajar dan membuat nota, seharusnya anda mahir pula menyampaikan kembali apa yang anda fahami dengan berkesan sama ada dalam bentuk tulisan mahupun lisan.

11. Teknik Peperiksaan Setiap pelajar akan dinilai melalui peperiksaan. Oleh itu, pelajar mesti berkebolehan menguasai teknik-teknik peperiksaan seperti keupayaan menganalisis soalan, mengetahui takrif soalan dan menjawab soalan.

12. Kemahiran Menilai Pelajar mesti berupaya menilai kelemahan dan kekuatan diri sendiri di samping sentiasa berusaha memperbaiki segala kelemahan diri. Jangan sesekali menyalahkan orang lain jika kita gagal. Adalah lebih baik kita melihat kelemahan-kelemahan diri dan seterusnya bertekad untuk berjaya.

Tuesday, February 9, 2010

NEGERI KEDAH TERCINTA

Saturday, February 6, 2010

KATA-KATA HIKMAH MINGGU INI

1. Seseorang manusia harus cukup rendah hati untuk mengakui kesilapannya, cukup bijak untuk mengambil manfaat daripada kegagalannya dan cukup berani untuk membetulkan kesilapannya
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh.
Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

2. Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.
Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan.
Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.
Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan.
Janganlah berputus asa. Tetapi kalau anda sampai berada dalam keadaan putus asa, berjuanglah terus meskipun dalam keadaan putus asa.

PROGRAM RESTU SPM 2006

Friday, January 29, 2010

MUTIARA KATA MINGGU INI

1. Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah
ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya
takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.
Dalam masyarakat manusia ada binatang jalang tetapi dalam masyarakat binatang
tidak ada satu pun manusia jalang -Aristotle.

2. Sahabat sejati adalah mereka yang sanggup berada disisimu ketika kamu memerlukan
sokongan walaupun saat itu mereka sepatutnya berada di tempat lain yang lebih
menyeronokkan.

3. Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk
asalnya.

4. Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya.

5. Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan
orang-orang di sekelilingmu menangis.

6. Tanda-tanda orang yang budiman ialah dia akan berasa gembira jika dapat berbuat
kebaikan kepada orang lain, dan dia akan berasa malu jika menerima kebaikan
daripada orang lain.

7. Semulia-mulia manusia ialah orang yang mempunyai adab yang merendah diri ketika
berkedudukan tinggi, memaaf ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika
kuat -Khalifah Abdul Malik Marwan

8. Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup
menyempurnakan menjadi sahabat orang.
-hamka

9. Sebaik-baik manusia ialah yang diharapkan kebaikannya dan terlindung dari
kejahatannya.

1O. Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri
mencucuk diri dan menyakiti orang lain
Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu
kekuatan pun yang boleh menghentikannya -Voltaire

11. Semoga kamu mendapat cukup kebahagiaan untuk membuat kamu bahagia, cukup
cubaan untuk membuat kamu kuat, cukup penderitaan untuk membuat kamu menjadi
manusia yang sesungguhnya, dan cukup harapan untuk membuat kamu positif terhadap
kehidupan.

12. Yang memimpin wanita bukan akalnya, melainkan hatinya.
Pengecut mati banyak kali sebelum kematiannya. Yang berani mati hanya sekali.
Amat mudah untuk memadamkan api yang sedang marak, tetapi sukar untuk meredakan
api kemarahan dalam diri.

13. Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna untuk menjelaskan perasaan.
Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa.
Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan

14. Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu,
tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya.

15. Lombong emas dalam diri kamu adalah fikiran kamu. Kamu dapat menggalinya
sedalam-dalamnya dan sepuas-puas yang kamu inginkan -Abdullah Mansur M.H
Mahkota kemanusiaan ialah rendah hati.

16. Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai
keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai
dengan keberanian

17. Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak
terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.Kalau kita dapat membuka dan menutup telinga dengan mudah sebagaimana membuka dan menutup mata,
pasti kita akan terhindar dari mendengarkan banyak kebatilan.

18. Jika keadilan ditegakkan, keberanian tidak diperlukan lagi.
Tiada siapa yang paling pandai dan paling bodoh di dunia ini kerana setiap yang
pandai itu boleh menjadi bodoh dan setiap yang bodoh itu boleh menjadi pandai

19. Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat,kesenangan itu satu masa yang
ditinggalkan

20. Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.

Thursday, January 28, 2010

PROGRAM 1 IMPIAN 1 HARAPAN CEMERLANG PMR/SPM 2010


Tuan Pengetua sedang memberikan pesanan dan amanat kepada pelajar-pelajar Tingkatan 3 dan 5 yang hadir ke program ini.


Seramai 232 orang pelajar Tingkatan 3 dan 5 sedang tekun mendengar amanat dan pesanan Tuan Pengetua.

Pn Hjh Ommi Kalsom binti Hj Ibrahim, Pengetua SMK Taman Kenari sebagai penyuntik semangat kepada pelajar-pelajar yang mengikuti program.


Pn Norliza bt Yaakob, Timbalan Pengarah ADTEC sedang membakar semangat pelajar-pelajar dengan perkongsian pengalaman hidupnya.

En Harun bin Yaakub, Kaunselor SMK Air Merah, sedang berinteraksi dengan salah seorang peserta program.

Peserta-peserta Program 1I1HCPMR/SPM 2010 sedang tekun.

Sebahagian peserta program begitu khusyuk dengan program yang disusun.