Blog ini merupakan salah satu daripada inisiatif saya bagi mengeratkan hubungan di antara saya dan pelajar saya. Diharapkan melalui blog ini, pelajar-pelajar saya akan mendapat lebih banyak informasi tentang Perkhidmatan Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah.
SELAMAT DATANG KE BLOG KAUNSELING
SEMOGA KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI AKAN DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA ANDA SEMUA
Sebagai seorang guru kaunseling...aku tidak terlepas dari tanggungjawab mendidik dan membantu anak-anak didikku menyelesaikan masalah mereka...biarpun ramai tapi sememangnya semua itu adalah cabaran dan dugaan...yang harus ku tempuhi dengan segala kekuatan sama ada dalaman dan luaran. Kini aku telah melalui banyak halangan dan cabaran dalam hidup ini ..pahit duka telah ku tempuh biarpun sepahit hempedu...sememangnya itulah hakikat yang harus dihadapi oleh makhluk ciptaan tuhan yang bernama manusia. ilmu kaunseling banyak mengajarku erti kehidupan...mengajarku cara terbaik menangani masalah yang berat ...mengajarku cara menghilangkan segala tekanan…mengajarku tentang kehidupan ini...mengajarku erti segalanya...mengajarku juga erti persahabatan sejati…siapa teman siapa lawan…dalam perjuanganku ini ada ketika-ketikanya aku menghadapi saat-saat getir namun demi anak-anak didikku yang dahagakan sumbanganku, segalanya sanggup kukorbankan...untukmu wahai puteri puteraku tersayang...anda semua adalah harapan bangsa masa depan...usah dipersiakan usia mudamu...
vCintailah Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta dan cintailah Rasulullah.
vDirikan solat 5 waktu, jangan sesekali kamu meninggalkannya
vHormatilah kedua ibu bapa kamu dan sayangilah mereka dengan sepenuh hati
vPeliharalah akhlak dan juga pekertimu, tampilkan sikap yang terbaik dimana jua kamu berada
vKawallah diri kamu dari segala maksiat dan mungkar, hindarilah dosa-dosa besar serta hentikan dosa-dosa kecil yang berterusan
vMajukanlah diri kamu dengan ilmu pengetahuan dan tamakkanlah ilmu yang menguntungkan diri kamu di akhirat
vSayangilah diri sahabat-sahabat kamu, sepertimana kamu menyayangi diri kamu sendiri
vBerbaktilah kamu kepada masyarakat dalam hal yang tidak melanggar batasan Allah
vBatasi pergaulan di antara lelaki dan perempuan sesama kamu,kerana nabi berkata; “Mereka yang bersembunyian di antara lelaki dan perempuan maka yang ketiganya adalah syaitan”
vJanganlah kamu merokok, kerana selain dari pembaziran dan merosakkan kesihatan, kamu juga turut bersubahat dengan Yahudi Laknatullah untuk membunuh umat Islam di planet bumi ini…RENUNGKANLAH...
Sebahagian dari koleksi gambar-gambar sepanjang Program Konferensi Waris 2010 pada 6 Mac 2010 yang lalu. Sambutan dari para waris amat menggalakkan dan para waris berpeluang berbincang dengan guru-guru tentang kemajuan pelajaran anak-anak mereka. Terima kasih kepada waris yang hadir. Semoga pertemuan sebegini dapat dijalankan dari semasa ke semasa. Insyaallah.
DEFINISI
".. satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang
individu kepada individu/sekumpulan individu yang lain"
JENIS-JENIS KOMUNIKASI
Terbahagi 2, iaitu;
1. Verbal (lisan)
2. Non Verbal (bukan lisan)
KATEGORI KOMUNIKASI
1. Interpersonal
Proses komunikasi antara individu (lebih dari
seorang individu)
2. Intrapersonal
Kontemplasi, intuitif, pemikiran (taakulan),
meditasi (bercakap dengan diri sendiri)
3. Massa
Sebaran am
KANDUNGAN KOMUNIKASI
Proses komunikasi mempunyai;
1. Penyampai
2. Mesej
3. Saluran
4. Penerima
5. Maklumbalas
ARAH KOMUNIKASI
1. Komunikasi Sehala
Maklumat tidak memerlukan reaksi dari penerima
(arahan)
contoh: pengucapan awam, menonton dan ceramah
2. Komunikasi Dua Hala
Maklumat penyampai memerlukan reaksi dari penerima
(arahan)
contoh : majlis dialog, pidato dan debat
3. Komunikasi Menegak
Dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas
contoh : komunikasi dalam keluarga, anak buah
dengan boss
4. Komunikasi Mendatar
Sesama rakan sejawat
5. Grapevine
Tidak formal, rahsia/khabar angin
contoh : gossip
ASAS KOMUNIKASI
1. Kepercayaan
2. Ketulenan vs Kepura-puraan
3. Kesediaan/Keterbukaan
4. Listening vs Hearing
KAEDAH KOMUNIKASI BERKESAN
1. Maklumat yang disampaikan perlu jelas dan tepat
2. Menggunakan bahasa yang mudah difahami dan terang
maksudnya
3. Menggunakan alat bantu sekiranya perlu
4. Memastikan maklumat disampaikan sesuai pada keadaan
dan waktu
5. Memastikan kedua-dua pihak bersedia untuk memberi
dan menerima maklumat
HALANGAN DALAM KOMUNIKASI
1. Maklumat tidak mencukupi atau berlebihan
2. Perkataan yang mempunyai banyak makna
3. Kurang minat
4. Prasangka
5. Sekatan emosi
6. Penyampaian kurang menarik
7. Memikirkan sesuatu yang lain
8. Persekitaran yang tidak sesuai
9. Tiada peluang untuk mendapatkan penjelasan
10.Wujudnya pelbagai gangguan
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran, perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apalagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap merindukan Siti Hawa.
Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus, tidak mungkin mampu hendak meluruskan mereka.
Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan cara petunjuk Allah, kerana diciptakan begitu rupa oleh mereka. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya: ‘ jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka akan semakin liar, jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita.
Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah, kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal, di situlah kuncinya. Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu, hati separuh kaca, kuatkan dengan iman, perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak.
Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak penilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan berbahagialah mereka, walaupun tidak jadi ratu dunia, presiden ataupun perdana menteri atau women gladiator. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya di situlah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah mengandungkan lelaki-lelaki pelbagai wajah: negarawan, karyawan, jutawan dan wan-wan yang lain. Tidak akan lahir superman tanpa superwoman. Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan saja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.
“Lebih banyak lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki.”
Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja banyak bos telah kehilangan setiausaha, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri. Bila wanita derhaka, dunia akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.
Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah, pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya. Jinakkan diri dengan Allah, nescaya jinaklah segala-galanya di bawah pimpinan kita.
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik dan kondusifdi sekolah menjelang tahun 2010.
MISI
Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:
· Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
· Melahirkan pelajar yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
· Membimbing pelajar ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
· Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
· Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada pelajar.
· Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan pelajar.
FALSAFAH
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.