
Search This Blog
Monday, March 15, 2010
PELAJAR CEMERLANG SPM 2009 -NUR HUSNA IZZATI BINTI SHAFEAI - 9A 2B
Semoga kejayaan akan terus mengiringi jejak langkahmu...
Monday, March 8, 2010
KATA-KATA HIKMAH MINGGU INI
BUAT PEDOMAN SEMUA
KEPADA MUSLIMIN-MUSLIMAT YANG DICINTAI:
v Cintailah Allah, Tuhan Pencipta Alam Semesta dan cintailah Rasulullah.
v Dirikan solat 5 waktu, jangan sesekali kamu meninggalkannya
v Hormatilah kedua ibu bapa kamu dan sayangilah mereka dengan sepenuh hati
v Peliharalah akhlak dan juga pekertimu, tampilkan sikap yang terbaik dimana jua kamu berada
v Kawallah diri kamu dari segala maksiat dan mungkar, hindarilah dosa-dosa besar serta hentikan dosa-dosa kecil yang berterusan
v Majukanlah diri kamu dengan ilmu pengetahuan dan tamakkanlah ilmu yang menguntungkan diri kamu di akhirat
v Sayangilah diri sahabat-sahabat kamu, sepertimana kamu menyayangi diri kamu sendiri
v Berbaktilah kamu kepada masyarakat dalam hal yang tidak melanggar batasan Allah
v Batasi pergaulan di antara lelaki dan perempuan sesama kamu,kerana nabi berkata; “Mereka yang bersembunyian di antara lelaki dan perempuan maka yang ketiganya adalah syaitan”
v Janganlah kamu merokok, kerana selain dari pembaziran dan merosakkan kesihatan, kamu juga turut bersubahat dengan Yahudi Laknatullah untuk membunuh umat Islam di planet bumi ini…RENUNGKANLAH...
PUISI MINGGU INI
Mama Yang ku Cintai….
Mama,
Itulah panggilan ku padanya…
Sejak aku dilahirkan lagi..
Aku telah di latih menyebutnya..
Mama yang telah membesarkanku…
Dengan penuh kasih sayang…
Walaupun kedegilan dan kesilapanku
Mama masih tetap tabah…
Dan,
Mampu mengukir senyuman…
Walaupun mama marah padaku…
Mama tetap maafkan aku..
Mama!!!
Maafilah anakmu ini…
telah banyak dosa-dosaku…
padamu mama…
Mama!!
Ampunilah segala salah dan silapku…
Aku berjanji…
Bila aku sudah dewasa…
Akanku belai mama…
Seperti mana mama belai ku dahulu…
Akanku suapkan mama makan..
Seperti dahulu…
Seperti mama memanjakanku..
AKU SAYANG MAMA..
Akanku rindu belaian manja mama….
KONFERENSI WARIS SIRI 1/2010
Sebahagian dari koleksi gambar-gambar sepanjang Program Konferensi Waris 2010 pada 6 Mac 2010 yang lalu. Sambutan dari para waris amat menggalakkan dan para waris berpeluang berbincang dengan guru-guru tentang kemajuan pelajaran anak-anak mereka. Terima kasih kepada waris yang hadir. Semoga pertemuan sebegini dapat dijalankan dari semasa ke semasa. Insyaallah.
Tuesday, February 23, 2010
ILMU...ILMU...ILMU...KAUNSELING DAN ANDA...
DEFINISI
".. satu proses perpindahan maklumat, perasaan, idea dan fikiran seseorang
individu kepada individu/sekumpulan individu yang lain"
JENIS-JENIS KOMUNIKASI
Terbahagi 2, iaitu;
1. Verbal (lisan)
2. Non Verbal (bukan lisan)
KATEGORI KOMUNIKASI
1. Interpersonal
Proses komunikasi antara individu (lebih dari
seorang individu)
2. Intrapersonal
Kontemplasi, intuitif, pemikiran (taakulan),
meditasi (bercakap dengan diri sendiri)
3. Massa
Sebaran am
KANDUNGAN KOMUNIKASI
Proses komunikasi mempunyai;
1. Penyampai
2. Mesej
3. Saluran
4. Penerima
5. Maklumbalas
ARAH KOMUNIKASI
1. Komunikasi Sehala
Maklumat tidak memerlukan reaksi dari penerima
(arahan)
contoh: pengucapan awam, menonton dan ceramah
2. Komunikasi Dua Hala
Maklumat penyampai memerlukan reaksi dari penerima
(arahan)
contoh : majlis dialog, pidato dan debat
3. Komunikasi Menegak
Dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas
contoh : komunikasi dalam keluarga, anak buah
dengan boss
4. Komunikasi Mendatar
Sesama rakan sejawat
5. Grapevine
Tidak formal, rahsia/khabar angin
contoh : gossip
ASAS KOMUNIKASI
1. Kepercayaan
2. Ketulenan vs Kepura-puraan
3. Kesediaan/Keterbukaan
4. Listening vs Hearing
KAEDAH KOMUNIKASI BERKESAN
1. Maklumat yang disampaikan perlu jelas dan tepat
2. Menggunakan bahasa yang mudah difahami dan terang
maksudnya
3. Menggunakan alat bantu sekiranya perlu
4. Memastikan maklumat disampaikan sesuai pada keadaan
dan waktu
5. Memastikan kedua-dua pihak bersedia untuk memberi
dan menerima maklumat
HALANGAN DALAM KOMUNIKASI
1. Maklumat tidak mencukupi atau berlebihan
2. Perkataan yang mempunyai banyak makna
3. Kurang minat
4. Prasangka
5. Sekatan emosi
6. Penyampaian kurang menarik
7. Memikirkan sesuatu yang lain
8. Persekitaran yang tidak sesuai
9. Tiada peluang untuk mendapatkan penjelasan
10.Wujudnya pelbagai gangguan


