Search This Blog
Tuesday, August 31, 2010
Friday, August 13, 2010
SELAMAT BERPUASA
Kepada semua umat muslimin dan muslimin...Selamat Menyambut Bulan Ramadan...moga semua amal dan ibadah kita di bulan ini diterimaNya...insyaallah...
Tuesday, July 13, 2010
Tuesday, June 15, 2010
I asked God to take away my habit.
God said, No.
It is not for me to take away, but for you to give it up.
I asked God to make my handicapped child whole.
God said, No.
His spirit is whole, his body is only temporary
I asked God to grant me patience.
God said, No.
Patience is a byproduct of tribulations;
it isn't granted, it is learned.
I asked God to give me happiness.
God said, No.
I give you blessings; Happiness is up to you.
I asked God to spare me pain.
God said, No.
Suffering draws you apart from worldly cares
and brings you closer to me.
I asked God to make my spirit grow.
God said, No.
You must grow on your own! ,
but I will prune you to make you fruitful.
I asked God for all things that I might enjoy life.
God said, No.
I will give you life, so that you may enjoy all things.
I ask God to help me LOVE others, as much as He loves me.
God said...Ahhhh, finally you have the idea.
If you love God, send this to ten people and
back to the person that sent it.
THIS DAY IS YOURS DON'T THROW IT AWAY
May God Bless You,
"To the world you might be one person, but to one
person you just might be the world"
"Our Job is not to see through one another but rather is to see one another through.."
MUTIARA KATA MINGGU INI
Sesuatu yang benar, belum tentu baik.
Sesuatu yang bagus, belum tentu berharga.
Sesuatu yang berharga/berguna, belum tentu bagus.
SUATU PERKONGSIAN
Apa yang ingin aku paparkan di sini, ialah bukti penemuan hasil kajian saintifik oleh Dr. Masaru Emoto seorang “pakar air” dari Jepun.
Penemuan oleh Dr Masaru Emoto ini sungguh menakjubkan. Beliau membuktikan bahawa susunan molekul-molekul air boleh berubah mengikut apa yang diucapkan ke atas air tersebut.
Ustaz Abdullah Mahmud yang pernah berceramah di Surau Wisma Telekom Semarak, pada tahun lepas pernah menceritakan penemuan ini. Beliau memaklumkan bahawa beliau telah mengikuti satu seminar yang disampaikan oleh seorang pakar air dari Jepun di Hotel Istana. Dalam seminar itu, mereka telah ditunjukkan melalui slaid, contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas. Sumber air ini diambil daripada laut, sungai, empangan, perigi dan sebagainya. Ada pelbagai bentuk, daripada rupa cantik bercahaya seolah-olah seperti berlian hinggalah ke ‘hodoh dan mengerunkan” seperti rupa jin bertelinga besar, bertanduk dan sebagainya.
Suatu ketika, apabila ditunjukkan “rupa air yang cantik bercahaya,” molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar, berwarna-warni melebihi 12 warna, para hadirin telah disoal pakar air tersebut tentang asal usul sampel air itu. Salah seorang hadirin meneka, itu mungkin air Zam-Zam. Dan sememangnya telah disahkan benar oleh pakar air tersebut. Kemudian beberapa hadirin dipilih untuk membuat kajian. Di atas pentas, mereka dikehendaki membacakan sesuatu ke atas air mineral masing-masing. Lalu salah seorang hadirin dikehendaki menunjukkan hasil kajiannya. Apabila ditunjukkan di skrin kelihatan molekul air itu membentuk seolah-olah seperti tokong cina (dengan janggut yang panjang dan perut buncit).
Apabila tiba giliran Ustaz Abdullah, air tersebut dibacakan surah Al-Fatihah, Selawat dan ayat Kursi, maka apabila dipaparkan di skrin kelihatan molekulnya seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya. Kemudiannya beliau disuruh membaca sebarang ayat atau kata-kata yang tidak elok, maka ternampaklah di skrin molekul air itu berubah menjadi seperti sel-sel barah.
Banyak hadis dan ayat-ayat Quran, yang menceritakan fenomena ini. Air juga merupakan makhluk Allah yang bernyawa. Dengan keizinan daripada-Nya, ia mampu menyembuh dan memudaratkan seseorang, kerana dalam Islam ada kaedah-kaedah tertentu yang menggunakan air, untuk berikhtiar mengubati penyakit. Salah satu daripadanya mengunakan air penawar, atau dalam bahasa mudahnya air jampi. Seperti mana yang pernah diamalkan Rasulullah, dan diikuti oleh ulama-ulama Islam, para ustaz, para imam.
Berikut ialah contoh-contoh air yang dilihat daripada mikroskop khas, yang telah didedahkan dengan pelbagai situasi “suara dan kata-kata” seperti yang dibuktikan oleh Dr Masaru Emoto melalui kajiannya.
Thursday, May 27, 2010
PUISI BULAN INI
PUISI MILIK TEMANKU
untuk sahabat: "apa pun jua"
dalam diam ku cuba mencari kebenaran
dalam diam ku cuba mencari cahaya
dalam diam ku cuba mencari kejayaan
...apa pun jua ku temui adalah cebisan-cebisan nostalgia
masa silam pada titik terakhir yang ku tuju
walaupun ia sukar ku capai
kejayaan itu pasti milik kita yang bernama manusia
Anak anak kecil bermain girang
Dikala manusia sedang leka menghirup udara segar
Di tepi sungai lesu bagaikan dahaga akan kecantikan
Di tepi sungai yang hampir lelah. Di tepi sungai yang kehibaan
Meniti masa masa depan yang gelap
Yang akan kecundang
Kerana kebodohan manusia
Yang pentingkan diri.
kenapa kita perlu bersujud...kepada pencipta...kerana itu...telah dicatat
langit dan alam bersujud kepadanya....
dengan bersujud kitA akan akan menjadi manusia yang tahu halal dan haram
dengar ya....antara khazanah yang amat bernilai adalah kasih sayang yang disulami dengan kecintaan kepada tuhan...sujud kepadanya dengan penuh ketaatan...tanpa mempersoalkan kenapa...mengapa dan apa ? membuatkan kita kian melupakan kehendak kita sebagai manusia.
Pada corak dan cerai lelangit petang
tergambar satu nostalgia derita dan sengsara
tergambar satu nostalgia bahagia dan cinta
gelap pekat hitam tompokan awan bagai menahan
seribu anugerah untuk semua makhluk yang bergelar
...manusia..........
bahtra dibina, dilayari dengan gagah membelah persada lautan '
gelora yang melanda bertalu-talu..
apalah daya kita manusia yang lemah....
andaikata kita karam di tengah lautan ....lemaslah kita.
andainya kita karam ....berdoalah kepadanya agar kita diberi petujuk...
...penyair sepi...
andaikata kita berkongsi kasih sayang...
pastinya kita akan merana...
andaikata kasih tak kesampaian
pastinya kita akan kecewa
andaikata kejayaan telah tercapai
...pastinya kita akan bahagia....
malam kian larut aku masih lagi bermain kata-kata
tiap bait bait ayat ku susun rapi tanpa titik noktah
menari mengikut jari jemari
ke sana ke mari tanpa kusedari
masa ku kian suntuk
...kian menghampiri titik penamat.
Lembaran demi lembaran kisah terungkap
bagai kitaran roda yang berputar
adakala kita berada di atas
bagai kejayaan yang abadi
kadangkala kita di bawah
...bagai kegagalan yang tiba
umpama garis-garis kehidupan .....
andaikata ada mentari..pastinya ada bulan
andaikata ada lelaki ...pastinya ada wanita
andaikata ada cinta ...pastinya ada kebencian
andaikata ada kebahagiaan ...pastinya ada kekecewaan
andaikata ada dunia ini ...pastinya ada penciptanya....
malam kian larut...
ku cuba melelapkan mataku
entah apa yang bermain di kotak fikiranku
sukar ku lelapkan mata ini
sabah hari aku pasti begini
...adakah mata ini sudah lama mengenal erti siang
ataupun ianya sudah lali dengan tidur
atau aku hanya peminat malam
yang sunyi ini.
aku pasrah pada segala yang berlaku dalam hidupku ini ..
aku redha pada tiap titik titik nokthah yang ada
aku pasti...jalan jalan itu setiap hari
aku rela dalam redup tangisan rindu anak anak kecil yang sedang leka bermain...
aku cuma ....penyair kerdil
sahabatku….mdssal…skm…28052010…


