Marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana dengan izinNya kita dapat bersama dalam Program Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 bagi SMK Taman Kenari yang dijalankan pada pagi ini. Malah proses pendaftaran seumpama ini juga dijalankan di semua sekolah menengah di seluruh Negara.
Pertamanya, tidak terlalu awal jika saya bagi pihak warga pendidikan SMK Taman Kenari untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2011 kepada tuan/puan sekelian.
Mudah-mudahan kehadiran tahun baru ini bukan sekadar peralihan bulan Disember 2010 ke Januari 2010 tetapi juga tahun yang menjanjikan kecemerlangan kepada kita semua, Insya allah
Selamat Datang ke SMK Taman Kenari dan sekali gus menjadi warga sekolah ini untuk tempoh 3 atau 5 tahun yang akan dating. Diharapkan anak-anak pelajar yang diterima masuk di sini akan meneruskan kecemerlangan mereka di peringkat menengah rendah (tingkatan 1 hingga tingkatan 3) dan menengah tinggi (iaitu tingkatan 4 dan tingkatan 5)di sini.
Kalau tahun 2010, kohort tingkatan 3 sekolah ini telah menyumbangkan pencapaian yang cemerlang di mana kita memperoleh keputusan PMR dengan peratus lulus 55.91% dang red purata sekolah (GPS) 3.23 dan seramai 7 orang pelajar memperoleh pencapaian ‘semua A’ yang merupakan bilangan yang tertinggi yang pernah dicapai oleh sekolah ini. Senarai nama pelajar-pelajar cemerlang PMR 2010 telah ditampalkan di papan kenyataan untuk makluman tuan/puan dan para waris. Anak-anak kita inilah yang kita harapkan untuk meneruskan kecemerlangan ini apabila mereka mengambil SPM untuk tahun 2012 nanti. Insya allah.
Anak-anak yang didaftarkan ke Tingkatan 1 pada hari ini juga akan menjadi harapan warga SMK Taman Kenari untuk memperoleh keputusan yang cemerlang pada setiap kali peperiksaan dan khususnya dalam PMR pada tahun 2013 nanti. Insya allah.
Terima kasih kepada seluruh ibu bapa yang dapat hadir menguruskan pendaftaran anak tuan/puan pada hari ini. Pendaftaran ini adalah amat penting untuk kita menguruskan persediaan anak-anak kita bagi menghadapi kehidupan baru di sekolah menengah. Hari ini anak-anak kita akan mendaftar untuk masuk ke kelas yang ditetapkan, member kelengkapan buku dan alatulis di koperasi.
Seterusnya, anak-anak ini akan menjalani Program Orientasi Tingkatan 1 mulai 2 Januari 2011 hingga 4 Januari 2011. Mereka juga akan memulakan sesi persekolahan dan pembelajaran rasmi mulai minggu pertama mereka di sini.
Kepada anak-anak pelajar, selain daripada akan mengikuti program-program akademik iaitu proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah, anak-anak juga perlu melibatkan diri secara aktif dalam bidang kokurikulum.
Pihak KPM telah melancarkan Dasar 1 Murid 1 Sukan mulai tahun 2011, di mana setiap murid perlu mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya 1 jenis sukan. Penilaian akan diberikan kepada setiap murid dalam setiap penglibatan dalam bidang kokurikulum iaitu, Sukan/Permainan, Kelab/Persatuan dan Unit Beruniform. Matlamat utama KPM adalah untuk melahirkan murid yang sihat, cergas dan dengan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dapat membantu anak-anak pelajar berada dalam keadaan cergas untuk menghadapi Pembelajaran dan Pengajaran guru dalam bilik darjah. Oleh itu saya menyeru kepada anak-anak pelajar mengambil peluang terbaik ini untuk memastikan kita mampu menggenggam kecemerlangan di sekolah ini bukan sahaja dari segi pencapaian akademik, tetapi juga dari segi kokurikulum dan sahsiah diri kita.
Motto sekolah ini ialah “Iltizam, Cemerlang, Bestari” yang membawa pengertian semua pelajar, guru dan warga sekolah ini perlu sentiasa berusaha dengan penuh semangat “iltizam”@ bersungguh-sungguh untuk mencapai tahap bijak dan pintar supaya “Cemerlang” dalam semua bidang untuk merealisasikan visi dan misi sekolah menjadi pelajar yang “Bestari”.
Visi kita ialah hendak menjadi sekolah harian yang cemerlang dalam Daerah Kulim Bandar Baharu pada tahun 2015. Kalau tahun ini kita berada dalam kedudukan yang hamper cemerlang, khususnya dalam PMR baru-baru ini dengan peningkatan peratus lulus sebanyak 6.75%. Insya allah Visi sekolah untuk cemerlang pada tahun 2015 akan tercapai.
Search This Blog
Sunday, January 16, 2011
Wednesday, January 12, 2011
SELAMAT DATANG KE DUNIA CINTAKU PADA KAUNSELING
Monday, January 3, 2011
Saturday, November 20, 2010
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2010
Thursday, October 7, 2010
UCAPAN MINGGU INI
SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN
PMR 2010
KEPADA PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN 3
SEMOGA TENANG DAN MENJAWAP SOALAN DENGAN BAIK
SETERUSNYA BEROLEH KEJAYAAN CEMERLANG
KAUNSELOR PELAJAR
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SELAMA
Saturday, October 2, 2010
RENUNGKANLAH WAHAI TEMAN....
Cinta akan menjadi rahmat daripada,
Allah jika iman dijadikan panduan,
Sebaliknya cinta akan menjadi laknat,
Jika nafsu dan syaitan dijadikan ikutan.
Cinta yang mengalir kerana allah itulah
Cinta yang benar,suci lagi murni…
Cinta bukan diukur mengikut pandangan allah,
Mata,tetapi mengikut pandangan allah,
Cinta lahir kerana allah dan cinta diberi
Untuk mendapat keredhaan allah,
Cinta begini tiada batasnya,
Dan cinta lahir hasil daripada sama-sama,
Cinta kepada allah……
Cinta bukan mengajar kita lemah,
Tetapi membangkitkan kekuatan,
Cinta bukan mengajar kita menghina diri,
Tetapi menghembuskan kegagahan,
Cinta bukan melemahkan kudrat,
Tetapi membangkitkan semangat…….
TEKNIK BELAJAR
TIPS MEMBACA YANG BERKESAN
Membaca adalah satu proses yang sangat penting untuk mendapat ilmu dan maklumat. Kebanyakan pelajar mempunyai tabiat belajar yang buruk. Akibatnya mereka menghadapi masalah seperti cepat bosan, jemu, kurang minat, mengantuk dan sebagainya. Lama-kelamaan jika diteruskan juga akan membuatkan pelajar rasa malas untuk membaca. Kesedaran tentang betapa pentingnya ilmu dalam kehidupan perlu ditanam dalam diri pelajar. Dengan ilmu manusia disanjung, dikagumi dan dihormati. Kejayaan dan kecemerlangan hidup tidak mungkin tercapai tanpa ilmu.
Persediaan Sebelum Membaca. Langkah-langkah yang berikut perlu diambil untuk memastikan pelajar mampu membaca secara berkesan.
1. Pilih masa belajar yang sesuai. Waktu belajar yang paling sesuai ialah ketika kurangnya gangguan terhadap tumpuan. Badan tidak letih dan perut tidak terlalu kenyang. Waktu subuh merupakan waktu yang paling ideal untuk belajar.
2. Pilih suasana yang sesuai. Iaitu suasana yang terang, kemas, bersih, nyaman, tenang dan tersusun.
3. Pastikan kedudukan badan yang betul dengan buku dijarakkan lebih kurang satu kaki dari mata.
4. Mulakan dengan bacaan Bismillah dan doa agar diterangkan hati.
Pelbagai Cara Membaca. Terdapat tiga cara membaca bergantung kepada tujuan satu-satu sessi pembacaan itu dilakukan.
• Membaca untuk hiburan. Membaca untuk tujuan berhibur tidak memerlukan daya tumpuan yang tinggi. Bahan-bahan yang biasa dibaca ialah majalah, komik, novel, cerpen, akhbar dan sebagainya.
• Membaca untuk mencari maklumat tertentu. Ada ketikanya anda membaca semata-mata untuk mencari maklumat yang tertentu sahaja. Anda boleh membaca seimbas dan pantas bagi mencari lokasi maklumat yang dicari. Anda perlu merujuk kepada isi kandungan dan indeks bagi mendapatkan maklumat dengan lebih cepat. Anda boleh terus membelek muka surat yang berkaitan dan memlambatkan bacaan anda bagi menyaring maklumat yang ada.
• Membaca secara kritikal. Membaca cara ini perlu apabila anda membaca untuk memahami konsep, istilah, logik dan sebagainya. Membaca secara kritikal adalah kaedah yang betul ketika menelaah mata pelajaran anda. Dengan menggunakan pendekatan ini, belajar nyata lebih seronok dan tidak membosankan. Minat juga mula terbit apabila anda mula memahami isi kandungan yang dibaca.
Langkah-langkah Membaca Secara Kritikal.
• Melihat seimbas. Berikan perhatian kepada perkara-perkara yang berikut.
Lihat tajuk-tajuk kecil dan dapatkan perkaitan (jika ada) diantara tajuk-tajuk tersebut.
Amati seimbas rajah, peta, jadual, carta, radas,gambar dan sebagainya.
Lihat soalan-soalan yang ada termasuk soalan-soalan dibahagian belakang sesuatu bab / tajuk utama.
Catatkan sebarang persoalan (jika ada) yang timbul dalam fikiran pada sehelai kertas.
• Baca pendahuluan dan kemudian baca bahagian kesimpulan / penutup.
• Baca secara terperinci, ayat demi ayat, perenggan demi perenggan. Terjemahkan setiap penjelasan dalam bentuk gambaran minda.
• Jangan pindah perenggan selagi anda tidak memahami apa yang sedang dibaca. Perlahankan rentak bacaan anda apabila tiba dibahagian yang sukar. Ulang baca beberapa kali sekiranya perlu.
• Gariskan fakta-fakta penting. Buatkan ringkasan kedalam nota peperiksaan anda.
• 'Highlight' setiap kata kunci.
• Gunakan kod warna misalnya warna kuning untuk nama orang, warna biru untuk tarikh dan sebagainya.
• Yakinkan diri anda yang anda mampu menguasai bahan yang dibaca.
• Setelah habis satu perenggan, tutup buku dan nota anda. Fikirkan atau gambarkan semula apa yang telah anda baca. Setelah habis satu tajuk kecil, ambilkan sehelai kertas dan lakarkan kembali apa yang telah anda baca dalam bentuk peta minda atau peta konsep.


