SELAMAT DATANG KE BLOG KAUNSELING

SEMOGA KUNJUNGAN ANDA KE BLOG INI AKAN DAPAT MEMBERIKAN MANFAAT KEPADA ANDA SEMUA

KenALi SaYa KauNsELor AnDa

My photo
Sebagai seorang guru kaunseling...aku tidak terlepas dari tanggungjawab mendidik dan membantu anak-anak didikku menyelesaikan masalah mereka...biarpun ramai tapi sememangnya semua itu adalah cabaran dan dugaan...yang harus ku tempuhi dengan segala kekuatan sama ada dalaman dan luaran. Kini aku telah melalui banyak halangan dan cabaran dalam hidup ini ..pahit duka telah ku tempuh biarpun sepahit hempedu...sememangnya itulah hakikat yang harus dihadapi oleh makhluk ciptaan tuhan yang bernama manusia. ilmu kaunseling banyak mengajarku erti kehidupan...mengajarku cara terbaik menangani masalah yang berat ...mengajarku cara menghilangkan segala tekanan…mengajarku tentang kehidupan ini...mengajarku erti segalanya...mengajarku juga erti persahabatan sejati…siapa teman siapa lawan…dalam perjuanganku ini ada ketika-ketikanya aku menghadapi saat-saat getir namun demi anak-anak didikku yang dahagakan sumbanganku, segalanya sanggup kukorbankan...untukmu wahai puteri puteraku tersayang...anda semua adalah harapan bangsa masa depan...usah dipersiakan usia mudamu...

Search This Blog

Saturday, September 5, 2009

PEDOMAN BERSAMA

INDAHNYA ISLAM

Saat ku memohon keampunan kepadanya,

hatiku menjadi tenang,

nadiku berdenyut tanpa keresahan,

yang selalu mendabit didada.

Baru kini dapat ku fahami apakah itu islam,

baru kini dapat ku mengerti apakah itu keimanan,

baru kini dapat ku pelajari erti kebebasan,

Baru kini dapat ku tempuhi ranjau kehidupan.

Tanpa sedar aku terus dibuai dalam keislaman,

yang sentiasa memberikan kepadaku ketenangan ,

memberikan aku kesabaran dalam kehidupan,

memberikan aku kekuatan untuk menikmati kehidupan.

Masa terus berlalu meniti waktu,

tanpa sedar telah tiba saatku kembali,

namun tidak pernah sesekali aku tangiskannya,

kerana ku pastisemua akan menempuhinya.

Aku lena dalam ketenangan,

aku menangis dalam kegembiraan,

aku tersenyum dalam keriangan,

aku bermimpi dalam keindahan,

begitulah indahnya islam.

LAWATAN KE KOLEJ MARA, KULIM



Pembimbing Rakan Sebaya melawat ke
Kolej Mara, Kulim...
Tak sabar nak mulakan langkah...
Bestkan...???






Upacara Perasmian Karnival Kerjaya di Kolej Mara, Kulim.











Dah penat mengumpul bahan, berehat seketika bersama rakan-rakan







Semoga langkah kami direstui...

PUISI MINGGU INI

ERTI SEBUAH KEGAGALAN

Kegagalan bukan bererti anda seorang yang gagal

Ia hanyalah bererti anda masih belum berjaya lagi

Kegagalan bukan bererti anda tidak mencapai apa – apa

Ia sebenarnya bererti anda sudah mempelajari sesuatu

Kegagalan bukan bererti anda bodoh kerana mencuba

Ia bererti anda berani, berhati teguh, bersemangat waja

Jadi, berbanggalah dengan diri anda

Kegagalan bukan bermakna anda tidak akan berjaya

Ia sebenarnya bermakna anda memerlukan sedikit masa lagi

Kegagalan bukan bermakna anda kecundang

Ia hanyalah bermakna anda masih berpeluang

untuk mencuba semula, mencuba sesuatu yang baru

Kegagalan bukan bermakna Tuhan telah meninggalkan anda

Ia sebenarnya bermakna Dia mempunyai

perancangan yang lebih baik untuk anda

Jadi benarlah,

Kegagalan itu tidak pernah muktamad

PEERS KE POKOK SENA

Thursday, September 3, 2009

BAGAIMANA ANDA BOLEH MENGURUS MASA DENGAN BAIK DAN BERKESAN

TIP-TIP MENGURUS MASA UNTUK MENCAPAI KEJAYAAN DIRI

MASA
“Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang beriman dan beramal soleh serta berpesan dengan kebenaran dan kesabaran”.

Masa itu adalah emas. Setiap manusia diperuntukan sebanyak 24 jam. Firman Allah “Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang beriman dan beramal soleh serta berpesan dengan kebenaran dan kesabaran”.
Masa adalh sumpama usia dan mengabaikan masa sama seperti mensia-siakan usia. Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud :
“Rebutlah 5 perkara (masa) sebelumnya datang 5 perkara (masa)
o Masa muda sebelum masa tua
o Masa sihat sebelum sakit
o Masa kaya sebelum miskin
o Masa lapang sebelum sibuk
o Masa hidup sebelum mati

Masa tidak boleh bertukar ganti, masa yang telah berlalu tidak boleh dikembalikan.

PERKARA NEGATIF DAN POSITIF TENTANG MASA
POSITIF NEGATIF
Tepat masa
Urus masa
Hargai masa
Tambah masa
Rancang masa Lengah masa
Tangguh masa
Buang masa
Tiada masa

PROSES MENGURUS MASA
TINDAKAN 1 :
 Tetapkan matlamat / objektif jangka pendek atau jangka panjang
 Spesifik
 Realistik
 Senaraikan megikut keperluan

TINDAKAN 2 :
 Tentukan keutamaan
 Senaraikan perkara yang perlu dibuat
 Tetapkan keutamaan perkara yang disenaraikan
 Keutamaan A (perkara mesti buat)
 Keutamaan B (perkara patut buat)
 Keutamaan C (perkara boleh ditangguh dulu)

TINDAKAN 3 :
 Senaraikan tugas harian / mingguan
 Ibadat umum
 Ibadat khusus
 Istirehat dan tidur
 Makan dan minum
 Bersama keluarga
 Membersih dan menghias diri

TINDAKAN 4 :
 Bertindak dengan mengikut segala perancangan dan segala halangan dihadapi dengan bersungguh-sungguh.

TINDAKAN 5 :

 Membuat penilaian semula
 Waktu manakah yang paling berkesan dan kenapa
 Apakah kemungkinan yang telah anda buat tetapi tidak diperlukan lagi
 Apakah kemungkinan yang telah anda buat tetapi tidak sesuai dilakukan lagi
 Di manakah peluang anda untuk meningkatkan kecekapan
 Apakah perlakuan baru yang perlu anda teruskan

MENGAPA ANDA PERLU URUS MASA
 Mengelakkan anda membazir masa
 Membolehkan anda menyiapkan tugasan dengan tenang dan seronok
 Menghasilkan kerja yang baik dan berkualiti
 Mencapai matlamat dan cita-cita anda
 Melatih diri supaya tidak lalai dengan urusan kehidupan

PASTIKAN TUGAS MINGGUAN
 Jadual persekolahan
 Belajar
 Solat
 Bermain
 Membuat kerja rumah
 Berehat
 Bersiar-siar
 Menolong ibu bapa dan sebagainya

SAYANGI MASA ANDA.
APAKAH YANG ANDA LAKUKAN DENGAN MASA ANDA ITU.
24 JAM ADALAH ANUGERAH ALLAH UNTUK ANDA.
 Catatkan aktiviti setiap setengah jam
 Aktiviti mestilah spesifik
 Kalau aktiviti mengambil masa lebih dari biasa, mengapa ?
 Adakah anda diganggu
 Pastikan perkara yang penting dan tidak penting untuk dilakukan pada hari tersebut
 Tumpukan kepada keutamaan yang perlu anda lakukan pada hari tersebut terlebih dahulu

HASIL
 Asingkan perkara yang membazirkan masa anda
 Senaraikan perkara membazir yang telah anda gunakan / lakukan
 Tentukan berapa banyak masa yang telah anda bazirkan
 Apakah penyebab pembaziran masa mungkin
 dari diri sendiri
 persekitaran
 Senaraikan cara mengurangkan pembaziran masa.

RAHSIA BULAN DILAHIRKAN

**BERDASARKAN KAJIAN SELAMA 25 TAHUN OLEH DATO DR HJ FADZILAH KAMSAH...

JANUARI>>>>bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yg dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur, bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selsema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamirkannya, cukup sayang pd kanak-kanak, suka duduk rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial , cukup cemburu yg sangat tinggi

FEBRUARI>>> berfikiran abstrak , sukakan benda yang reality dan abstrak, inteligent, bijak dan genius , berpesonality yg mudah berubah , mudah menawan org lain, agak pendiam. Pemalu dan rendah diri , jujur dan setia pd segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong , mudah memberontak apabila dikongkong , suka kegiatan yg lasak , emosinya mudah terluka dan sgt sensitif, mudah mempamirkan marahnya , tidak suka benda yg remeh-temeh, suka berkawan tapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suke berangan-angan dan ada harapan, utk merealisasikan impiannya, pemerhatian yg tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yg bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pd benda yg tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, belajar untuk mempamirkan emosi

MAC>>>>> berpesonaliti yg menarik dan menawan, mudah didampingi, sgt pemalu dan pemendam rasa, sgt baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudahsimpati , sgt sensitif pd perkataan yg dituturkan dan alampersekitaran, suka pada kedamaian, sgt peka kepada orang lain, sesuai dgn kerjaya yg memberi khidmat kepada org lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yg sangat tajam, kecenderungan utk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sgt manja dan suka diberi perhatian yg sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan suka dgn hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalalm bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jgn terlalu moody.

APRIL>>>>> sgt aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sgt menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yg sangat kuat, suka diberi perhatian, sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org, sgt berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah emosi cepat terusik try control the emotion kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut utk membuat keputusan kuat daya ingatan, gerak hati yg sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain, berpenyakit di sekitar kepala dan dada sgt cemburu dan terlalu cemburu

MEI>>>>> > kekerasan hati & degil , kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam, mudah marah apabila tidak dikawal , pandai menarik hati org lain & menarik perhatian, perasaan yg amat mendalam , cantik dr segi mental & fizikal, tidak perlu dimotivasikan , tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan , kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit daya khayalan yg tinggi permikiran yg tajam pandai berdebat, fizikal yg baik , kelemahan sistem pernafasan suka sastera,seni & muzik serta melancong tidak berapa suka duduk dirumah tidak boleh duduk diam tidak punya ramai anak rajin dan bersemangat tinggi agak boros

JUN >>>>> >berfikiran jauh & berwawasan , mudah ditawan krn sikap baik berperangai yg lemah lembut mudah berubah sikap,perangai idea @mood idea yg terlalu banyak di kepala, bersikap sensitif otaknya aktif (sentiasa berfikir) sukar melakukan sesuatu dgn segera bersikap suka menangguh-nangguh bersikap terlalu memilih & mahukan yg terbaik cepat marah &cepat sejuk suka bercakap & berdebat suka buat lawak & bergurau otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan & pandai berkawan org yg sangat tertib pandai mempamerkan sikap mudah kecil hati mudah kena selsema suka berkemas cepat rasa bosan sikap terlalu memilih & cerewet kurang mempamerkan perasaan, lambat nak sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif , kedegilan yg tidak terkawal , sesiapa yg memuji saya adalah musuh saya tetapi siapa menegur saya adalah kawan saya.

JULAI>>>>> > Sangat seronok didamping , Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, Agak pendiam kecuali diransang, Ada harga dan maruah diri, Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan , Mudah dipujuk dan bercakap lurus, Sangat menjaga hati orang lain , Sangat peramah, Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya , Berjiwa sentimental , jarang berdendam , mudah memaafkan tapi sukar melupakan , tidak suka benda remeh-temeh , membimbing cara fizikal dan mental , sgt peka, caring dan mengasihi serta penyayang, layanan yg serupa dgn semua orang, tinggi daya simpati , pemerhatian yg tajam , suka menilai org lain dgn pemerhatian, mudah dan rajin belajar , suka muhasabah diri , suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri , suka duduk dirumah , suka tunggu kawan tapi tak cari kawan, tak agresif kecuali terpaksa , lemah dari segi kesihatan , perut mudah gemuk , tak kawal diet , minta disayangi, mudah terluka hati tapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja

OGOS >>>>> suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap org lain, berani dan tidak tahu takut, orgnya agak tegas & bersikap kepimpinan, pandai pujuk org lain , terlalu pemurah & bersikap ego , nilai harga diri yg sangat tinggi , dahagakan pujian, semangat juang yg luar biasa , cepat marah & mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yg tajam & teliti, cepat berfikir, fikiran yg berdikari , suka memimpin & dipimpin , sifat suka berangan , berbakat dlm seni lukis,hiburan & silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat apabila ditimpa penyakit , belajar utk relax , sikap kelam kabut , romantik ,pengasih,penyayang , suka mencari kawan

SEPTEMBER>>>>> > sangat bersopan santun & bertolak ansur, sangat cermat,teliti & teratur, suka menegur kesilapan org lain & mengkritik, pendiam tapi panda bercakap, sikap sangat cool sangat baik & mudah simpati, sangat perihatin & terperinci,amanah,setia & jujur, kerja yg dilakukansangat sempurna, sangat sensitif yg tidak diketahui org yg banyak berfikir , daya pentaakulan yg baik, otak bijak & mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami org lain(daya firasat yg tinggi) kerana banyak simpan rahsia, suka sukan,hiburan & melancong , kurang menunjukan perasaan terluka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan , sukakan benda yg luas, bersistematik

OKTOBER >>>>> suka sembang, suka org yg sayang padanya, suka ambil jln tengah, sangat menawan & sopan santun, kecantikan luar & dalam tidak pandai berbohong & berpura-pura, mudah rasa simpati,baik pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama, cepat marah , pentingkan diri sendiri , tidak menolong org kecuali diminta , suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan org lain, emosi yg mudah terusik >>>>> > >>> > suka berangan & pandaibercakap, emosi yg kelam kabut , daya firasat yg sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong,bidang sastera & seni, pengasih ,penyayang & lemah lembut, romantik dlm percintaan, mudah terusik hati & cemburu, ambil berat tentang org lain, suka kegiatan luar , org yg adil, boros & mudah dipengaruhi persekitaran , mudah patah semangat

NOVEMBER >>>> banyak idea dalam perkara , sukar utk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran kehadapan , berfikiran unik dan bijak, penuh dgn idea-idea baru yg luarbiasa, pemikiran yg tajam , daya firasat yg sgt halus dan tinggi , bagus utk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat yg berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah setia dan byk kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendak Diusahakan sehingga berjaya , taksuka marah kecuali digugat , mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri , cara berfikir lain dari org lain , otak yg sangat tajam , pandai mendorong diri sendiri , tidak hargai pujian , kekuatan semangat dan daya juang yg sgt tinggi dan apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yg tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dgn hubungan kasih sayang, suka duduk dirumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER >>>>> Sangat setia dan pemurah, Bersifat patriotik, Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, Bercita-cita tinggi, Suka menjadi orang yang berpengaruh dlm organisasi, Seronok didampingi, Suka bercampur dgn org, Suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, Sangat jujur amanah dan bertolak ansur, Tidak pandai berpura-pura, Cepat marah , Perangai yg berubah-ubah , Tidak ego walaupun harga diri yang sangat tinggi, Benci pada kongkongan , Suka berlawak, Pandai buat lawak dan berfikiran dgn logik.

Wednesday, September 2, 2009

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR