PUISI MILIK TEMANKU
untuk sahabat: "apa pun jua"
dalam diam ku cuba mencari kebenaran
dalam diam ku cuba mencari cahaya
dalam diam ku cuba mencari kejayaan
...apa pun jua ku temui adalah cebisan-cebisan nostalgia
masa silam pada titik terakhir yang ku tuju
walaupun ia sukar ku capai
kejayaan itu pasti milik kita yang bernama manusia
Di tepi sungai yang hampir lelah. Di tepi sungai yang kehibaan
Meniti masa masa depan yang gelap
Yang akan kecundang
Kerana kebodohan manusia
Yang pentingkan diri.
...manusia..........
...penyair sepi...
...pastinya kita akan bahagia....
...kian menghampiri titik penamat.
...bagai kegagalan yang tiba
umpama garis-garis kehidupan .....
...adakah mata ini sudah lama mengenal erti siang
ataupun ianya sudah lali dengan tidur
atau aku hanya peminat malam
yang sunyi ini.
sahabatku….mdssal…skm…28052010…









